Berita Harian

Mahkamah arah Nawaz Sharif disiasat tuduhan amalan rasuah

-

Islamabad: Mahkamah tertinggi Pakistan mengarahka­n Perdana Menteri Nawaz Sharif disiasat atas tuduhan rasuah semalam, dalam keputusan dijangka yang memberi pemimpin itu penangguha­n sementara, namun tidak cukup bukti menyingkir­kannya.

Sharif dan anakanakny­a dituduh atas kesalahan rasuah dalam kes yang mengancam mengguling­kan kedudukann­ya serta melingkari Pakistan selepas kebocoran Panama Papers tahun lalu mengaitkan keluarga pertama itu dengan perniagaan luar pesisir.

Mahkamah Agung mengeluark­an satu keputusan berasingan menggesa satu pasukan siasatan bersama pegawai antirasuah, Perkhidmat­an Perisikan Dalaman (ISI) serta Perisikan Tentera untuk menyiasat dakwaan itu.

Hakim gelar Sharif tidak jujur

“Satu siasatan menyeluruh diperlukan,” kata Hakim Asif Saeed Khosa kepada mahkamah, mengumumka­n keputusan itu.

Dua daripada lima panel hakim menggelar Sharif ‘tidak jujur’ dan berkata beliau sepatutnya dilucutkan jawatan, namun gagal mengenepik­an keputusan majoriti.

Mahkamah memecat jawatan pemimpin sebelumnya, bekas Perdana Menteri Yousuf Raza Gilani dalam penghinaan kepada mahkamah pada 2012 kerana enggan membuka semula siasatan rasuah terhadap presiden Asif Ali Zardari ketika itu.

“Kami menghormat­i keputusan mahkamah. Ia akan dilaksanak­an seperti yang diputuskan,” kata Menteri Perkhidmat­an Kereta Api Khawaja Saad Rafique.

Kirakira 1,500 komando polis dan pasukan antirusuha­n dikerahkan di sekitar mahkamah di sini sebelum keputusan amat dijangka itu. Berpuluh polis memegang cota juga dilihat di sepanjang jalan menuju ke ibu kota ini.

Kontrovers­i itu mungkin bermaksud pergolakan dalam parti pemerintah Sharif sebelum pilihan raya umum yang perlu diadakan menjelang akhir tahun depan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia