Berita Harian

Hoffman tekad lupakan kekecewaan

-

Texas: Charley Hoffman (gambar) akan cuba untuk melupakan kekecewaan dialaminya ketika pusingan akhir Masters Amerika Syarikat (AS) untuk kembali bangkit menjelang saingan Terbuka Valero Texas minggu ini yang menyaksika­n dia tampil sebagai juara bertahan.

Hoffman yang terlepas cut dalam satusatuny­a kejohanan sejak Masters melepaskan peluang terbaik bagi menjuarai gelaran major pertamanya apabila mencatat 6 di atas par 78 pada pusingan akhir di Augusta National selepas memulakan saingan hari kedua dengan kelebihan dua pukulan.

“Kami melalui terlalu banyak kegagalan dalam saingan Jelajah PGA. Saya tidak boleh lupakannya,” kata Hoffman yang mendalui Masters selepas mencatat 65 pada pusingan pembukaan.

“Katakan saya bermain dengan catatan sembilan yang paling buruk dan 60 - sesuatu yang sangat baik untuk saingan Masters. Saya tidak akan biarkan sembilan catatan buruk itu memberi kesan kepada saya.”

Nama besar

Pemain nombor 15 dunia, Patrick Reed adalah pemain ranking paling tinggi yang turut akan menjadi tumpuan di TPC San Antonio selain 10 pemain dalam kelompok 50 terbaik serta lapan pemain yang pernah bergelar juara.

Luke Donald yang masih segar dengan gelaran naib juara kali kelima di RBC Heritage, minggu lalu turut dijangka menjadi pencabar buat Hoffman selepas pemain dilihat berada pada tahap prestasi terbaiknya ketika ini.

Antara nama besar yang tidak menyertai kejohanan Masters kali ini adalah juara, Sergio Garcia, Jordan Spieth dan Phil Mickelson - yang tidak menyertai buat kali pertama sejak empat tahun.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia