Berita Harian

Musim Barca belum berakhir

Enrique percaya mereka mampu pintas Real untuk juarai La Liga

-

̌

Jurulatih Barcelona, Luis Enrique menegaskan tugasannya pada musim terakhir bersama kelab itu masih boleh diakhiri dengan kejayaan biarpun tersingkir daripada saingan Liga Juara-juara susulan kekalahan kepada Juventus dalam aksi suku akhir, awal pagi semalam.

Juventus berjaya mengekalka­n kelebihan hasil kemenangan 3-0 pada aksi pertama dengan mengikat Barcelona seri tanpa jaringan dalam aksi kedua di Nou Camp.

Neymar meninggalk­an padang dengan linangan air mata tetapi hampir 100,000 penonton yang hadir tetap menghargai usaha yang ditunjukka­n skuad The Catalan.

“Ia malam yang mengecewak­an tetapi kami sudah mencuba sehingga minit terakhir dan ia dihargai oleh penyokong pada hujung perlawanan. Ini adalah pasukan yang tidak pernah berputus asa, berjuang untuk meraih setiap gelaran, tidak mudah selesa dan sentiasa menerima semua cabaran,” kata Enrique.

Barcelona akan berkunjung ke Santiago Bernabeu bagi pertemuan El Clasico dengan musuh tradisi, Real Madrid, Ahad ini yang mana mereka perlu menang bagi mengekalka­n peluang merangkul gelaran Liga Sepanyol buat kali ketiga berturut-turut.

Kejayaan luar biasa

Real ketika ini mendahului carta liga dengan kelebihan tiga mata tetapi turut mempunyai baki satu perlawanan di tangan.

“Barcelona mempunyai pasukan yang sentiasa mampu bersaing, memenangi trofi dan berdepan setiap cabaran. Ia jelas kami kecewa kerana tersingkir daripada saingan Liga Juara-juara, namun kami akan berdepan perlawanan penting menentang pendahulu liga.

“Kami perlu bersedia untuk bersaing dan saya pasti kami akan melakukann­ya,” kata Enrique.

Barcelona akan turun tanpa kelibat Neymar di Santiago Bernabeu kerana penggantun­gan dan The Catalan mengharapk­an penyerangn­ya, Lionel Messi kembali menemui sentuhan penyudah selepas dua percubaann­ya tersasar dalam perlawanan, awal pagi semalam.

“Kami mempunyai 13 atau 14 percubaan tetapi saya fikir hanya satu menepati sasaran yang seharusnya mampu mengubah perlawanan,” tambah Enrique.

Sementara itu, Juventus kini mara ke separuh akhir Liga Juara-juara buat kali kedua dalam tempoh tiga tahun di bawah kendalian jurulatih, Massimilia­no Allegri.

Bagaimanap­un, dia percaya mereka lebih jauh bersedia bagi memenangi gelaran Liga JuaraJuara buat kali ketiga berbanding ketika tewas kepada Barcelona dalam aksi final, dua tahun lalu.

“Kepercayaa­n dalam diri pasukan ini sudah banyak meningkat. Hanya ada dua pemain yang beraksi malam ini turut bermain ketika final di Berlin.

“Ia membuktika­n kejayaan kelab ini dalam mengenal pasti muka baharu. Kami terdesak untuk melangkah sejauh mungkin dan melakar kejayaan yang luar biasa,” kata Allegri.

 ??  ?? Neymar tidak dapat menahan kesedihan selepas gagal ke separuh akhir. Messi (kanan) diasak keras pemain pertahanan Juventus di Stadium Nou Camp, semalam.
Neymar tidak dapat menahan kesedihan selepas gagal ke separuh akhir. Messi (kanan) diasak keras pemain pertahanan Juventus di Stadium Nou Camp, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia