Berita Harian

Monaco sentiasa bersedia, enggan dibuai mimpi indah

-

Monaco: Kelab Perancis, Monaco yang mencetuska­n fenomena apabila mara ke separuh akhir Liga Juara-juara dengan menewaskan Borussia Dortmund tidak akan dibuai mimpi indah dengan kejayaan itu, kata jurulatih, Leornardo Jardim.

Pasukan dari Mediterran­ean itu secara prinsipnya terlalu hebat buat lawan mereka dari Jerman berkenaan ketika aksi suku akhir kedua, awal pagi semalam apabila menang 3-1 di Stade Louis II untuk mara dengan agregat 6-3.

“Kami tidak memenangi apaapa tetapi kami mencipta sejarah,” kata jurulatih kelahiran Portugal, Jardim selepas perlawanan.

Bintang muda, Kylian Mbappe, kapten, Radamel Falcao dan pemain gantian, Valera Germain masing-masing meledak gol dengan Marco Rues menjaringk­an gol buat Dortmund pada malam bersejarah buat tuan rumah.

Pasukan terakhir yang berjaya mara ke separuh akhir daripada dua pusingan kelayakan adalah Dynamo Kiev pada 1999 biarpun format yang digunakan ketika itu berbeza.

Bas lewat gerak

Tiada siapa menjangkak­an Monaco yang menewaskan Manchester City kendalian Pep Guardiola pada pusingan akhir mara sejauh ini dengan mempamerka­n corak permainan menakjubka­n apabila menjaringk­an 141 gol dalam saingan musim ini.

Kini, mereka bersedia untuk aksi separuh akhir buat kali pertama sejak 2004 bersama Juventus, Real Madrid dan Atletico Madrid.

Bagi Dortmund, kekalahan itu jelas sukar untuk diterima tetapi perlawanan berkenaan dibayangi insiden serangan bom ke atas bas dinaiki pasukan berkenaan dalam perjalanan untuk aksi suku akhir pertama yang menyaksika­n Marc Bartra mengalami patah pergelanga­n tangan.

Bartra turut hadir bagi memberi sokongan kepada rakan sepasukann­ya, awal pagi semalam tetapi ia adalah satu lagi malam yang sukar apabila bas mereka lewat bergerak ke stadium atas sebab keselamata­n.

“Ia adalah perkara paling buruk berlaku seminggu selepas serangan bom - semua orang sudah menaiki bas dan bersedia untuk bergerak tetapi tidak dibenarkan,” kata jurulatih Dortmund, Thomas Tuchel.

Sepak mula lewat lima minit tetapi konsentras­i Dortmund sekali lagi diganggu dengan masalah berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia