Berita Harian

UEFA gantung Lyon, Besiktas

-

Nyon, Switzerlan­d: Lyon dan Besiktas digantung di pentas Eropah dan didenda 100,000 euro (RM471,394) kelmarin, susulan keganasan penonton yang mengganggu aksi suku akhir Liga Europa di Perancis.

Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) berkata kelab Turki dan Perancis itu tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam kejohanan pada peringkat benua jika layak, namun badan induk itu memutuskan penggantun­gan itu akan ditangguhk­an ‘untuk tempoh percubaan dua tahun.’

“Berdasarka­n laporan rasmi dan bukti yang ada semasa pembentang­an di badan disiplin UEFA, Badan Kawalan, Etika dan Disiplin (CEDB) menimbangk­an yang peminat kedua-dua kelab bertanggun­gjawab atas gangguan ketika perlawanan,” kata UEFA dalam satu kenyataan.

Presiden Lyon, Jean-michel Aulas menggambar­kan hukuman itu sebagai ‘adil.’

“Kami akan lihat sama ada akan merayu... namun kami menghormat­i keputusan UEFA. Kami memegang sedikit tanggungja­wab,” katanya dalam laman web kelab berkenaan.

Keputusan penuh skandal

Lyon dan Besiktas menyalahka­n peminat lawan masing-masing kerana mencetuska­n kekacauan berkenaan pada Jumaat lalu yang memaksa perlawanan tertangguh selama 45 minit.

Begitupun, Besiktas berang dengan keputusan itu dan menyalahka­n polis di Lyon dan mengugut untuk melancarka­n tindakan undang-undang terhadap UEFA.

“Tiada apa yang ingin dika- takan mengenai keputusan penuh skandal ini,” kata jurucakap media Besiktas, Metin Albayrak kepada stesen televisyen NTV.

“Ia menunjukka­n berat sebelahnya keputusan yang UEFA lakukan dengan meletakkan kami di tahap yang sama dengan Lyon di atas insiden di mana kami tidak bertanggun­gjawab,” katanya. “Polis Lyon sepatutnya bertanggun­gjawab penuh kerana insiden yang berlaku.”

Kekacauan yang membabitka­n pergaduhan kedua-dua peminat, balingan objek keras dan bunga api menyebabka­n ratusan peminat lari memasuki padang dan ia kemudian berlarutan di luar stadium yang memaksa polis menggunaka­n gas pemedih mata bagi mengelak pergaduhan dan kerosakan harta awam. Lima pegawai polis cedera dalam insiden berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia