Berita Harian

Kane optimis atasi Lukaku

Jadi penjaring terbanyak EPL buat tahun kedua berturut-turut

-

Penyerang Tottenham Hotspur, Harry Kane percaya dia boleh mengatasi Romelu Lukaku dan menjadi penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris (EPL) buat tahun kedua berturut-turut.

Di sebalik mengharung­i dua tempoh rehat susulan kecederaan, penyerang England itu sudah meledak 20 gol buat Spurs yang ketika ini menghuni tangga kedua liga, kurang empat gol berbanding Lukaku yang juga peledak Everton.

Kane menjaringk­an 25 gol pada musim lalu untuk memenangi Kasut Emas pertamanya dan sekali pun berkata fokusnya terarah untuk menghambat Chelsea, anugerah individu turut tidak mahu dilepaskan.

“Sukar untuk berkata tidak!,” kata Kane. “Sebagai seorang penyerang kamu mahu menjadi penjaring terbanyak dalam liga, tiada keraguan mengenainy­a.

Perlawanan sukar

“Saya terlepas beberapa peluang di mana saya sepatutnya menjaringk­an gol, Lukaku beraksi dengan baik dan ia adalah persaingan yang baik, namun perkara paling penting ialah memenangi perlawanan.

“Saya menjadikan­nya sebagai sasaran jika saya memperoleh­nya beberapa kali lagi, kita lihat apa yang berlaku.”

Tottenham yang dijadual bertemu pendahulu liga, Chel- sea bagi aksi separuh akhir Piala FA, esok sudah mencantas kelebihan skuad bimbingan Antonio Conte kepada empat mata menerusi tujuh kemenangan berturut-turut.

“Kami akan mengharung­i perlawanan yang sukar selepas ini, Crystal Palace, Leicester City di tempat lawan, Arsenal dan Manchester United di laman sendiri, namun kami berasa bagus, perasaan kami yakin,” kata Kane.

“Setiap perlawanan yang kami harungi kami merasakan yang kami akan menjaringk­an gol dan secara bertahan kami tidak melepaskan gol. Jadi ia adalah perkara yang kami cuba untuk kekalkan sehingga penghujung musim.”

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia