Berita Harian

Tawaran RM265J belum tentu mampu pikat Conte

-

London: Antonio Conte akan kekal sebagai pengurus Chelsea di sebalik khabar angin perpindaha­n ke Inter Milan kerana cabaran yang menantinya di Liga Juara-juara sukar untuk ditolak, kata bekas bos Itali, Marcello Lippi.

Lippi yang seperti Conte pernah membimbing Juventus dan Itali enggan untuk mempercaya­i prospek kepulangan semula ke Serie A mampu memujuk pengurus berusia 47 tahun itu keluar dari Stamford Bridge pada awal kariernya di England.

Sekalipun sering menafikan spekulasi berkenaan, Conte menjadi sasaran utama untuk menggantik­an Stefano Pioli ketika pemilik kaya raya kelab Inter dari China memburu nama-nama besar.

Lippi yang pernah melatih Conte di Juve berkata dia tidak percaya dengan laporan yang mampu memujuknya keluar daripada Chelsea sekalipun apa yang ditawarkan sukar ditolak termasuk kontrak lima tahun dengan nilai STG50 juta (RM265 juta).

Terbaik di dunia

Chelsea adalah juara Eropah bagi edisi 2012, namun terlepas tiket ke saingan elit itu musim ini selepas menamatkan saingan di pertengaha­n liga, namun kehadiran Conte dilihat mengubah laluan berkenaan.

“Kita bercakap mengenainy­a kerana dia adalah salah seorang yang terbaik di dunia, namun bagi saya dia nampak gembira di London,” kata Lippi yang ketika ini mengendali­kan skuad kebangsaan China.

“Dia mahu membawa Chelsea ke Liga Juara-juara pada musim depan, jadi saya tidak fikir dia akan membuat pertukaran.”

Chelsea yang ketika ini menghuni tangga teratas liga dijadual bertemu Tottenham Hotspur yang berada di tangga kedua, esok dalam saingan separuh akhir Piala FA.

 ??  ?? Conte
Conte

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia