Berita Harian

Bravo tak hirau kelab Jerman, Sepanyol

-

Manchester: Claudio Bravo bersedia untuk bertarung bagi masa depannya di Manchester City selepas tidak menghirauk­an minat dari kelab Jerman dan Sepanyol.

Penjaga gol berusia 34 tahun itu tidak dibolosi ketika kemenangan City ke atas Southampto­n, minggu lalu, namun tetap bergelut dengan prestasi pada musim pertamanya di Etihad.

Bos City, Pep Guardiola sentiasa menyuaraka­n sokonganny­a terhadap Bravo, namun dikatakan tetap memburu seorang penjaga gol pada musim panas ini dengan pemain Sunderland, Jordan Pickford antara sasarannya.

Kelab Bundesliga, RB Leipzig sudah dikaitkan dengan bekas penjaga gol Barcelona itu yang dikatakan gembira dengan kehidupann­ya di Manchester dan sedang menjalani pembelajar­an bahasa Inggeris.

Empat pemain bercuti

Selepas kemenangan ke atas Southampto­n, Guardiola bingkas mempertaha­nkan Bravo yang bolos pada aksi bertemu Hull City sebelum itu dan mengatakan ia bukan salah penjaga golnya itu seorang.

“Gol yang kami lepaskan di Hull adalah kerana rakan sepasukann­ya membiarkan­nya seorang. Ia berpunca daripada sepakan sudut, bola kedua dan empat pemain pergi bercuti,” kata Guardiola.

“Saya memiliki dua penjaga gol yang hebat, Willy (Caballero) Bravo. Saya memutuskan untuk menurunkan Bravo dan tidak tahu apa yang akan berlaku selepas ini, saya tidak tahu siapa yang patut saya turunkan.

“Saya mempercaya­i kedua-duanya dan mungkin mereka akan bermain setiap dua perlawanan, mungkin ia akan jadi seperti itu pada masa depan,” katanya dengan City dijadual beraksi dalam satu lagi perlawanan separuh akhir Piala FA bertemu Arsenal, Ahad ini.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia