Berita Harian

Larian baton KL2017 ke Phnom Penh

-

Kuala Lumpur: Kemeriahan sambutan Sukan SEA Ke-29 dan Sukan Para ASEAN Ke-9 (KL2017) terus dibawa menjelajah seluruh Asia Tenggara apabila Larian Baton Bangkit Bersama akan tiba di Phnom Penh, Kemboja, esok.

Larian Baton Bangkit Bersama di Kemboja akan menyaksika­n larian sejauh 9 kilometer bermula 6.30 pagi di Kedutaan Malaysia dekat Phnom Penh dan dijadualka­n melintasi tempat ikonik seperti Independen­ce Monument (tugu kemerdekaa­n Kemboja) dan Olympic Stadium di Charles de Gaulle Boulevard.

Atlet Kemboja daripada pelbagai jenis sukan termasuk atlet Para akan bersama-sama menyertai larian itu.

Delegasi Malaysia ke Kemboja akan diketuai Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk M Saravanan serta Timbalan Ketua Setiausaha Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS), Haslina Abdul Hamid dan Ketua Pegawai Eksekutif Sekretaria­t Jawatankua­sa Pengelola Malaysia (MASOC) KL2017, Datuk Seri Zolkples Embong.

Indonesia siri kesembilan

Tamat larian di Phnom Penh, baton itu akan diserahkan kepada wakil tuan rumah seterusnya iaitu Indonesia.

Duta Besar Indonesia ke Kemboja, Pitono Purnomo akan menerima baton sebagai tanda simbolik jelajah Larian Baton Bangkit Bersama ke negara itu.

Larian di Kemboja menandakan destinasi kelapan siri larian berkenaan yang dijadualka­n menjelajah 10 negara peserta KL2017 sebelum kembali semula ke Malaysia dan bertukar menjadi Larian Obor.

Selepas Kemboja, Larian Baton Bangkit Bersama akan dibawa ke Indonesia pada 30 April 2017.

Larian berkenaan adalah praacara KL2017 dianjurkan MASOC dengan kerjasama negara terbabit dan satu daripada usaha mempromosi­kan KL2017 kepada rakyat negara peserta serta mencermink­an semangat perpaduan serta kekitaan penduduk rantau Asia Tenggara melalui sukan.

KL2017 akan berlangsun­g pada 19 hingga 30 Ogos 2017 bagi temasya Sukan SEA dan 17 hingga 23 September 2017 bagi Sukan Para ASEAN.

 ??  ?? Zolkples Embong
Zolkples Embong

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia