Berita Harian

Urusan bayar gaji lima pasukan diketahui hari ini

- Oleh Mohd Fitrie Muhammad

Kuala Lumpur: Satu pasukan daripada Liga Super, tiga Liga Perdana dan satu Liga FAM yang gagal menjelaska­n tunggakan gaji pemain bakal mengetahui nasib masing-masing, hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Usahasama Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP), Kevin Ramalingam berkata pihaknya akan mengeluark­an surat bersama kenyataan rasmi berhubung isu berkenaan. “Lima pasukan terbabit (dalam isu gagal membayar tunggakan gaji). Esok kami akan keluarkan surat dan kita akan buat pengumuman rasmi.

“Namun, saya tidak boleh komen mengenai Kelantan (mendakwa sudah melangsaik­an tunggakan gaji pemain). Kita tidak pernah umum mereka berada dalam senarai berkenaan dan mereka sen diri umumkan menghadapi masalah itu.

“Harus diingat, apa yang FMLLP cuba buat ialah membabitka­n isu berbangkit dari 2016 dan sebelumnya, bukan isu 2017.

Buat rayuan

“Setiap pasukan boleh buat rayuan tetapi kita nak tahu ia dibuat atas alasan apa kerana masa sudah diberikan. Ini bukan isu bulan lepas tetapi membabitka­n isu 2015 dan 2016,” katanya selepas mesyuarat penyelaras­an Jawatankua­sa Pengelola Final Piala FA, di sini, semalam.

BH Sukan difahamkan, Selangor adalah pasukan Liga Super yang menghadapi masalah berkenaan sementara tiga pasukan Liga Perdana ialah Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Kuantan FA, Perlis dan satu lagi kelab dari Sabah yang beraksi dalam kancah Liga FAM.

Pada masa sama, Kevin menegaskan pihaknya sudah menghantar laporan penuh kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berhubung insiden kekecohan penyokong ketika Kelantan menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Kota Bharu, sebelum ini.

“Badan disiplin berada di bawah FAM dan kita sudah menghantar laporan berkenaan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia