Berita Harian

Penyu tak mahu menangis di Kuching

- Oleh Faizul Azlan Razak

Kuala Terengganu: Skuad Penyu bukan saja perlu bekerja keras, malah wajib mendapatka­n gol awal apabila turun menentang Sarawak dalam aksi suku akhir kedua Piala FA di Kuching, malam ini.

Skuad jolokan Bujang Senang memiliki kelebihan bekalan gol tempat lawan selepas mengikat Terengganu dalam aksi suku akhir pertama di Kuala Terengganu, pada 2 April lalu.

Pengendali Terengganu, Irfan Bakti Abu Salim, berkata beliau menuntut anak buahnya mempamerka­n aksi lebih bertenaga dan tidak mengulangi kesilapan yang akan mengundang padah buat pasukan.

Katanya, beliau juga mengingatk­an pemain melupakan episod duka diaibkan UITM FC 0-4 dalam saingan Liga Perdana tempoh hari.

“Bagi saya, dalam situasi ini Sarawak dilihat lebih tertekan kerana mahu mempertaha­nkan agregat 1-1 hasil perlawanan pertama di Kuala Terengganu.

Dapatkan gol awal

“Jadi, saya menuntut semua pemain supaya bekerja lebih keras dalam perlawanan ini dan mendapatka­n gol awal,” katanya kepada BH Sukan, semalam.

Pengendali berusia 66 tahun itu berkata, beliau juga tidak banyak melakukan perubahan dalam pasukan sebaliknya masih memberi kepercayaa­n kepada penyerang kelahiran Argentina, Federico Falcone mengetuai jentera serangan.

Katanya, sekalipun prestasi Falcone kurang memuaskan, beliau berharap penyerang itu dapat membantu skuad Penyu dengan menjaringk­an gol dalam perlawanan ini.

“Saya tidak mempunyai pilihan selain mempertaru­hkan Falcone untuk memburu jaringan. Jadi, saya harap pemain ini membuktika­n sentuhan penyudah dan membalas kepercayaa­n yang diberikan.

“Malah, saya akan mengatur percaturan taktikal yang sebaiknya dan selebihnya pemain yang mencorakny­a di atas padang malam esok (malam ini),” katanya. Penyu tidak mahu menangis di Kuching.

 ??  ?? Falcone dan rakan sepasukan meraikan jaringan pada perlawanan suku akhir menentang Kuala Terengganu, 2 April lalu. pertama
Falcone dan rakan sepasukan meraikan jaringan pada perlawanan suku akhir menentang Kuala Terengganu, 2 April lalu. pertama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia