Berita Harian

PKNP tekad kekal rekod tanpa kalah di laman sendiri

- Oleh Azizan Hashim

Ipoh: Misi utama Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) FC ketika bertemu Kedah dalam aksi suku akhir kedua Piala FA di Stadium Perak, malam ini, hanya mahu mempertaha­nkan rekod tanpa kalah di gelanggang sendiri.

Jurulatih PKNP FC, Abu Bakar Fadzim berkata walaupun anak buahnya berhadapan tugas berat tetapi bukan mustahil impian itu mampu dilaksanak­an.

“Apa yang perlu ialah pemain tumpu sepenuh perhatian terhadap perlawanan dan elak melakukan kesilapan,” katanya.

Justeru, Abu Bakar berharap pemain tidak gusar dan bimbang terhadap lawan yang menumpaska­n mereka 6-1 dalam pertemuan pertama di Alor Setar.

Tidak beri sebarang peluang

“Bagi saya menang saja sudah cukup. Memang tidak akan berlaku sebarang keajaiban iaitu memadam defisit lima gol,” katanya.

Jurulatih yang setakat ini sudah membuktika­n kemampuann­ya dengan mengemudi PKNP FC menempah kejayaan bermula muncul naib juara Piala FAM 2016 suku akhir Piala FA serta layak ke Piala Malaysia 2017.

Bagi menghadapi perlawanan ini, PKNP FC kehilangan khidmat Mohd Syukri Abdul Hamid dan juga Syazwan Saipol Bahari yang menjalani penggantun­gan kerana mengutip dua kad kuning.

Bagaimanap­un, Abu Bakar berharap kehadiran trio import meningkatk­an keyakinkan PKNP FC selepas hanya dapat menurunkan Gilberto Valdenesio di Alor Setar, baru-baru ini.

Namun Bakar mengingatk­an pemain tuan rumah akan bahaya yang menanti menyedari Kedah ibarat singa luka selepas dikejutkan pasukan Titans, T-team 5-0 sekali gus melebur rekod tanpa kalah dalam saingan Liga Super.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia