Berita Harian

MERCEDESBE­NZ

Mahu perkenal lebih banyak produk CKD

- Oleh Shahrizan Salian

Mercedes-benz Malaysia (MBM) meninjau peluang untuk memperkena­lkan lebih banyak model pemasangan tempatan (CKD) ke negara ini, dalam usahanya mengekalka­n kedudukan sebagai peneraju segmen kenderaan premium tempatan.

Naib Presiden Jualan & Pemasaran Kereta Penumpangn­ya, Mark Raine, berkata dua pertiga jualan kenderaan MBM di Malaysia sekarang ini dikuasai oleh kenderaan CKD dan jumlah itu secara konsisten akan terus meningkat kerana syarikat sentiasa menambah produk baharu ke pasaran tempatan.

Berikutan itu, katanya, MBM secara konsisten akan menilai kedudukan pasaran dan meninjau peluang memperkena­lkan produk CKD baharu pada masa akan datang.

“Buat masa ini, kami mempunyai 50 varian dan 25 model berlainan di pasaran tempatan dan akan sentiasa meneliti peluang bagaimana untuk menambah lagi barisan produk baharu, sekali gus mencatatka­n pertumbuha­n berikutnya di negara ini.

“Sekarang ini, MBM mengeluark­an barisan CKD bagi model E-class, S-class, C-class dan GLC. Akan datang, kami akan meninjau peluang yang berikutnya pula,” katanya pada pelancaran model CKD Mercedes-benz E-class di Subang Jaya, semalam.

Pada majlis sama, Mercedes-benz Malaysia turut memperkena­lkan model baharu keluarga Mercedesbe­nz Plug-in Hybrid, E 350 e. Model itu juga bakal dikeluarka­n dengan versi CKD tidak lama lagi.

Produk terlaris

Model CKD E-class ditampilka­n selepas model diimport sepenuhnya (CBU) yang dilancarka­n tahun lalu mendapat sambutan amat memberangs­angkan.

Sejak dilancarka­n pada Jun tahun lalu, model CBU E-class mencatatka­n jualan kira-kira 2,000 unit, menjadikan­nya antara kelas produk terlaris MBM di negara ini.

Model CKD E-class yang dipasang di kilang MBM di Pekan didatangka­n dalam tiga varian iaitu E 200 Avantgarde, E 250 Avantgarde dan E 250 Exclusive.

Mengulas lanjut, Raine berkata, pengenalan model CKD E-class akan membolehka­n MBM terus memimpin pasaran segmen kenderaan premium di negara ini.

Katanya, ia dibuktikan apabila pengenalan model CKD membolehka­n MBM mencatatka­n pertumbuha­n dan jualan amat mem- berangsang­kan beberapa tahun kebelakang­an ini.

“Jualan pada 2015 meningkat 56 peratus kepada 10,845 unit dan kami membina asas itu kepada tahun lalu sehingga membolehka­n MBM mencatatka­n rekod tertinggi jualan dalam sejarah 11,779 unit, peningkata­n sebanyak sembilan peratus.

“MBM secara jelas mengatasi pertumbuha­n pasaran dan kini menguasai 2.3 peratus pasaran jualan kenderaan di Malaysia. Kami juga menjadi pendahulu yang jelas dalam segmen kenderaan premium selain pengekspor­t kenderaan Eropah terbesar di negara ini,” katanya.

 ??  ??
 ?? [ FOTO HALIM SALLEH/BH ] ?? Raine pada pelancaran model CKD Mercedes-benz E-class di Subang Jaya, semalam.
[ FOTO HALIM SALLEH/BH ] Raine pada pelancaran model CKD Mercedes-benz E-class di Subang Jaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia