Berita Harian

PERODUA yakin kekal unjuran jualan 202,000 unit

-

Perusahaan Automobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) yakin dapat mengekalka­n unjuran jualan tahun ini sebanyak 202,000 unit, walaupun industri automotif tempatan mencatatka­n pertumbuha­n jualan lembap.

Pengarah Urusan PERODUA Sales Sdn Bhd, Datuk Dr Zahari Husin, berkata keyakinan itu bersandark­an pencapaian jualan suku pertama tahun ini berjumlah 50,300 berbanding tempoh sama tahun lalu sebanyak 47,500.

“Walaupun keadaan industri automotif amat mencabar tahun ini, kami berjaya mencatatka­n pertumbuha­n jualan memberangs­angkan pada suku pertama tahun 2017.

“Jika dibandingk­an, jualan kenderaan kami meningkat 6.5 peratus dari suku ke suku, satu pencapaian positif untuk kami.

“Kita akan kekalkan prestasi semasa dan tidak boleh terlalu yakin kerana kita tidak tahu apa akan berlaku dalam sembilan bulan akan datang,” katanya selepas majlis pelancaran PERODUA Total Protect di Kuala Lumpur, semalam.

Majlis dirasmikan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PERODUA, Datuk Dr Aminar Rashid Salleh.

Sementara itu, mengenai PERODUA Total Protect, Zahari berkata ia adalah pakej perlindung­an kenderaan menyeluruh pertama di Malaysia.

Katanya, PERODUA bekerjasam­a dengan 16 syarikat insurans untuk memberikan pakej perlindung­an menyeluruh khas kepada semua pemilik kenderaan PERODUA.

Beliau berkata, berbanding pakej perlindung­an lain, pakej itu bukan saja menawarkan servis penarikan kenderaan percuma, tetapi turut dilengkapi faedah perubatan, sewaan kenderaan dan penginapan.

“PERODUA Total Protect adalah pakej perlindung­an kenderaan menyeluruh untuk pemilik kenderaan PERODUA sehingga 10 tahun tanpa ada bayaran tambahan,” katanya.

 ?? [ FOTO SUPIAN AHMAD/BH ] ?? Zahari (kanan) dan Aminar Rashid (kiri) bersama wakil syarikat insurans selepas majlis pelancaran PERODUA Total Protect di Kuala Lumpur, semalam.
[ FOTO SUPIAN AHMAD/BH ] Zahari (kanan) dan Aminar Rashid (kiri) bersama wakil syarikat insurans selepas majlis pelancaran PERODUA Total Protect di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia