Berita Harian

PKNS lancar projek Bayu Malawati babit kos RM46J

-

Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) akan melancarka­n projek terbaru - Bayu Malawati esok dan lusa di Tapak Projek Taman Bayu Malawati, Kuala Selangor.

Ketua Pegawai Operasinya, Norita Mohd Sidek, berkata projek kediaman rumah teres dua tingkat itu terletak di bandar Kuala Selangor mempunyai nilai pembanguna­n kasar (GDV) RM46 juta.

Katanya, Bayu Malawati yang merangkumi 104 unit rumah dibina di atas tanah berkeluasa­n 3.5 hektar, ditawarkan dalam dua jenis iaitu A (100 unit) dan B (empat unit) berharga RM499,000 hingga RM600,000.

Rumah jenis A bersaiz lot 20’ x 70’ dengan keluasan lantai 1,946 hingga 2,064 kaki persegi, manakala jenis B bersaiz lot 24’ x 65’ berkeluasa­n lantai 1,963 hingga 2,064 kaki persegi. Kedua-dua jenis rumah itu dilengkapi empat bilik tidur dan tiga bilik air.

“Kita percaya Kuala Selangor akan lebih berkembang dalam beberapa tahun lagi apabila Lebuhraya Persisiran Barat siap dibina. Malah, Bayu Malawati terletak berdekatan pasar raya besar, balai bomba, balai polis dan sebagainya.

87 peratus proses pembinaan

“Proses pembinaan kini sudah mencapai 87 peratus dan projek ini dijangka memperoleh Sijil Penyiapan dan Pematuhan (CCC) pada Oktober ini,” katanya pada sidang media Pra Pelancaran Projek Bayu Malawati, di Laman PKNS, di Shah Alam, semalam.

Norita menambah, pihaknya turut menawarkan diskaun sehingga 12 peratus menerusi program Pemilikan Pintar PKNS yang memberi peluang kepada pembeli untuk menikmati skim sifar bayaran pendahulua­n, pembiayaan Perjanjian Jual Beli dan pemberian bayaran Memorandum Pemindahan.

“Bayu Malawati adalah projek ketiga PKNS tahun ini dan kami turut menjangkak­an kira-kira 30 unit rumah dijual pada majlis pelancaran hujung minggu ini,” katanya.

 ?? [ FOTO SHAZREEN ZAMZURI/BH] ?? Norita (tengah) bersama Penolong Pengurus Jualan Hartanah Utara, Muhammad Syaizzat Zaharin Shah (kiri) dan Pengurus Pemasaran PKNS, Mahfizul Rusydin Abdul Rashid menunjukka­n replika rumah Bayu Malawati pada sidang media di Shah Alam, semalam.
[ FOTO SHAZREEN ZAMZURI/BH] Norita (tengah) bersama Penolong Pengurus Jualan Hartanah Utara, Muhammad Syaizzat Zaharin Shah (kiri) dan Pengurus Pemasaran PKNS, Mahfizul Rusydin Abdul Rashid menunjukka­n replika rumah Bayu Malawati pada sidang media di Shah Alam, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia