Berita Harian

Maybank perkenal perkhidmat­an baharu

Gerbang pembayaran Maybank2u Pay bantu usahawan e-dagang

- Oleh Suffian A Bakar

Maybank melancarka­n gerbang pembayaran baharu, dikenali sebagai Maybank2u Pay, bagi menyokong usahawan e-dagang untuk melonjakka­n perniagaan mereka.

Perkhidmat­an baharu itu dilancarka­n oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sempena Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) di Temerloh, semalam.

Maybank2u Pay membolehka­n pengusaha e-dagang memohon untuk mendapatka­n keupayaan pembayaran bagi laman e-dagang mereka secara dalam talian dan mereka akan menerima kelulusan dalam tempoh 24 jam.

Sedia pembayaran elektronik

Ketua Perkhidmat­an Kewangan Komuniti Maybank, Datuk Hamirullah Boorhan, berkata Maybank2u Pay adalah sebahagian inisiatif kumpulan untuk menyediaka­n keupayaan pembayaran elektronik kepada pengusaha e-dagang yang memerlukan platform pembayaran yang mudah dan ringkas.

“Aktiviti e-dagang sedang berkembang di negara ini dan ia dijangka meningkat lebih 20 peratus setahun pada tahun 2020.

“Oleh itu, amat penting bagi pengusaha tempatan diberikan sokongan yang mereka perlukan untuk memanfaatk­an aliran meningkat dalam kalangan pelanggan yang mahu membeli-belah secara dalam talian,” katanya.

Hadir sama pada majlis pelancaran Maybank2u Pay adalah Pengerusi Maybank, Datuk Mohaiyani Shamsudin serta Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan, Datuk Abdul Farid Alias.

Mengulas lanjut, Hamirullah berkata, pihaknya memastikan proses untuk menggunaka­n perkhidmat­an Maybank2u Pay adalah ringkas.

Katanya, ia bagi membolehka­n seramai mungkin pelanggan boleh mendapat manfaat daripada penyelesai­an gerbang pembayaran yang mudah dan selamat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia