Berita Harian

AEON Credit, Hellogold jalin kerjasama strategik

Usaha sama tawar produk pembiayaan disokong emas

- Oleh Mahanum Abdul Aziz

AEON Credit Service (M) Bhd menjalin kerjasama strategik dengan Hellogold Sdn Bhd untuk memasarkan dan menawarkan produk pembiayaan peribadi yang disokong emas.

Pengarah Urusannya, Kenji Fujita, berkata kerjasama strategik itu membolehka­n pihaknya menambah nilai produk pembiayaan yang ditawarkan.

Katanya, Hellgold adalah syarikat teknologi kewangan Asia yang menawarkan pembelian dan penjualan emas pada harga pasaran menerusi platform digital berlandask­an syariah.

Beliau berkata, AEON Credit akan menyediaka­n pembiayaan kepada pelanggan berminat pada kadar keuntungan kompetitif.

“Pelanggan akan layak untuk pembiayaan peribadi sehingga nilai cagaran emas dengan minimum pembelian RM1,500 emas di platform Hellogold.

“Kerjasama strategik dengan Hellogold ini, kami menawarkan pembiayaan sehingga RM10,000 dengan kadar keuntungan 0.8 peratus,” katanya pada majlis memeterai perjanjian kerjasama AEON Credit dengan Hellogold di Kuala Lumpur, semalam.

Membeli dengan mudah

Mengulas lanjut mengenai HelloGold, Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Robin Lee, berkata produk HelloGold direka supaya setiap orang boleh membeli emas dengan mudah, berpatutan dan selamat.

Beliau berkata, pelanggan boleh membuat simpanan dan pelaburan emas bergred dengan hanya RM1.

“Pelanggan kami boleh membeli dan menjual emas mereka pada bilabila masa menerusi aplikasi mudah alih dalam telefon pintar mereka,” katanya.

Lee yang juga bekas Ketua Pegawai Kewangan (CFO) Majlis Emas Dunia berkata, perkhidmat­an disediakan syarikat itu membolehka­n pelanggan mempunyai hak milik langsung terhadap emas yang mereka beli.

Katanya, emas dibeli pelanggan itu disimpan di bilik kebal di Singapura dan diinsurans­kan sepenuhnya terhadap kerugian fizikal.

Beliau berkata, pelanggan HelloGold juga boleh meminta emas fizikal dihantar kepada mereka yang mana penghantar­an itu dikenakan caj, sama seperti konsep pembelian barangan secara dalam talian lain.

“Walaupun pelanggan boleh menggunaka­n Hellogold untuk membeli dan menjual emas pada bilabila masa dan di mana saja, platform itu sebenarnya amat sesuai untuk simpanan jangka panjang,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia