Berita Harian

PNS pasarkan minyak wangi ASQ

-

Perbadanan Nasional Bhd (PNS) menerokai satu lagi perniagaan francais luar negara menerusi kerjasama dengan syarikat minyak wangi terbesar di Arab Saudi, Syarikat Abdul Samad Al Qurashi (ASQ).

Kerjasama itu bagi membawa masuk jenama baharu antarabang­sa ke Malaysia menerusi perjanjian usaha sama dan perjanjian hak eksklusif pembanguna­n francais bersama.

Turut disasarkan menerusi kerjasama itu ialah pembukaan 13 cawangan merangkumi Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei dalam tempoh lima tahun membabitka­n jumlah pelaburan sebanyak RM21.8 juta.

Pengarah Urusan PNS, Datuk Syed Kamarulzam­an Syed Zainol Khodki Shahabudin, berkata menerusi perjanjian yang dipersetuj­ui bersama, sebuah syarikat ditubuhkan secara usaha sama iaitu PNS ASQ Asia Sdn Bhd (PNS ASQ Asia) bagi mengembang­kan produk ASQ di pasaran Asia.

Melalui perjanjian itu, katanya, PNS akan memiliki 51 peratus saham dalam syarikat, manakala ASQ memiliki bakinya iaitu 49 peratus.

Perluaskan perniagaan

Beliau berkata, PNS ASQ Asia turut dilantik sebagai francais induk bagi mengembang­kan perniagaan francais ASQ di Malaysia dan luar negara.

“Tahun ini, PNS menyasarka­n pembukaan dua cawangan ASQ di Malaysia yang mana satu cawangan sementara kini sudah beroperasi di Menara PNS, Bangsar South, bermula Mac lalu,” katanya menerusi kenyataan di Kuala Lumpur, semalam.

Syed Kamarulzam­an berkata, jika permintaan terhadap produk minyak wangi jenama ASQ mendapat sambutan tinggi di pasaran Asia, perancanga­n seterusnya adalah mempelbaga­ikan penawaran produk perniagaan melalui jenama lain di bawah ASQ.

 ??  ?? Syed Kamarulzam­an (kanan) bertukar dokumen perjanjian dengan wakil syarikat ASQ, Mohammed Ibrahim A Shawli.
Syed Kamarulzam­an (kanan) bertukar dokumen perjanjian dengan wakil syarikat ASQ, Mohammed Ibrahim A Shawli.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia