Berita Harian

Bursa Malaysia ditutup kukuh

FBM KLCI naik 2.66 mata dipengaruh­i sentimen positif pasaran serantau

-

Bursa Malaysia kembali pulih dan ditutup kukuh dengan minat sebahagian besarnya tertumpu kepada saham berkaitan indeks dan perbankan susulan sentimen serantau yang bertambah baik.

Pada jam 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) ditutup 2.66 mata lebih tinggi kepada 1,741.61 berbanding 1,738.95 pada penutupan sebelumnya.

Indeks utama yang dibuka 1.05 mata lebih rendah pada 1,737.9, bergerak antara 1,736.4 dan 1,743.56 di sepanjang hari.

RHB Bank adalah penyumindu­stri bang terbesar dalam peningkata­n indeks komposit, sebanyak 1.09 mata.

Saham itu melonjak 16 sen kepada RM5.28 dengan 836,000 saham diurusniag­akan.

Bagi bank lain, Maybank menambah tiga sen kepada RM9.08, AMMB meningkat 10 sen kepada RM5.03, CIMB meningkat dua sen kepada RM5.50 manakala Hong Leong menokok 12 sen kepada RM16.18.

Peniaga berkata pemulihan dalam harga minyak selain eksport Jepun yang lebih kukuh berbanding eksport Mac, menyemarak­kan sentimen positif serantau.

Sementara itu, Ketua Penyelidik Inter-pacific Securities Sdn Bhd Pong Teng Siew berkata ketegangan politik yang semakin renda di Syria dan Korea Utara menggalakk­an belian saham Asia walaupun prestasi lemah semalaman Wall Street yang lazimnya mempengaru­hi paten dagangan di Asia.

“Ia tidak dijangka. Saya yakin ketegangan geopolitik yang semakin reda membantu mengurangk­an kebimbanga­n pelabur,” katanya kepada Bernama.

Pong berkata paras sokongan untuk esok dijangkaka­n antara 1,727 dan 1,736 manakala paras halangan mungkin antara 1,744 dan 1,750.

Kedudukan pasaran secara menyeluruh adalah positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 498 berbanding 368 manakala 395 kaunter tidak berubah, 489 tidak diniagakan dan 17 lagi digantung.

Jumlah dagangan merosot kepada 2.64 bilion unit bernilai RM2.24 bilion, berbanding 2.85 bilion unit bernilai RM2.19 bilion yang direkodkan semalam.

Antara saham wajaran tinggi, Tenaga untung lapan sen kepada RM13.80, Sime Darby menokok satu sen kepada RM9.26 namun PETRONAS Chemicals susut enam sen kepada RM7.52.

Public Bank yang merekodkan keuntungan sebelum cukai lebih rendah pada suku pertama, ditutup tidak berubah pada RM19.92.

Sejumlah 2.43 juta saham bertukar tangan. Bagi kaunter aktif, Key Alliance susut satu sen kepada 8.5 sen, ANZO turun tiga sen kepada 33 sen namun Malayan United menokok setengah sen kepada 24 sen.

Indeks FBM Emas meningkat 17.27 mata kepada 12,398.27, Indeks FBMT100 meningkat 14.29 mata kepada 12,035.47, FBM 70 menokok 1.94 mata kepada 14,654.19, FBM Ace menambah 53.51 mata kepada 6,095.84 dan Indeks FBM Emas Shariah meningkat 9.94 mata kepada 12,812.25.

Mengikut sektor, Indeks Kewangan melonjak 96.02 mata kepada 15,777.28, Indeks Perladanga­n menambah 11.88 mata kepada 8,003.55 namun Indeks Perusahaan merosot 6.99 mata kepada 3,211.42.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama merosot kepada 1.77 juta unit bernilai RM2.12 bilion berbanding 1.78 juta unit bernilai RM2.05 bilion yang direkodkan pada Rabu.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE susut kepada 667.29 juta saham bernilai RM95.46 juta berbanding 900.25 juta saham bernilai RM117.17 juta semalam.

Waran meningkat kepada 200.31 juta unit bernilai RM23.92 juta berbanding 160.27 juta unit bernilai RM22.82 juta. Barangan pengguna menyumbang sejumlah 96.33 juta saham yang didagangka­n di Pasaran Utama, barangan perusahaan (520.46 juta), pembinaan (102.04 juta), perdaganga­n dan perkhidmat­an (552.57 juta), teknologi (118.52 juta), infrastruk­tur (9.67 juta), SPAC (1.26), kewangan (100.85 juta), hotel (4.39 juta), hartanah (239.17 juta), perladanga­n (22.99 juta), perlombong­an (sifar), REIT (4.7 juta dan dana tertutup (26,000).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia