Berita Harian

Tetap aktif walaupun minoriti

-

di Vilnius, Novgorod dan Bialystok. Sewaktu kemerdekaa­n Poland, masyarakat Tatar dianggarka­n berjumlah 6,000 orang (menurut banci tahun 1931).

Walaupun kecil, masyarakat Tatar membentuk minoriti yang dinamik di Poland. Sebuah Pertubuhan Agama Islam ditubuhkan pada tahun 1917 untuk mentadbir hal ehwal masyarakat Islam di sana.

Pada masa sama, sebuah pertubuhan untuk memelihara kebudayaan dan pendidikan orang

Tatar juga ditubuhkan.

Pada tahun 1929, Muzium Nasional Tartar dibangunka­n di Wilno dan pada

1931, Arkib Kebangsaan Tatar ditubuhkan.

Semua orang Islam yang berkhidmat dalam tentera Poland dikerahkan ke Rejimen ke13, Skuadron Askar Berkuda Tatar dan dibenarkan untuk menggunaka­n panjipanji serta seragam mereka sendiri.

Upacara angkat sumpah ketenteraa­n untuk askar Islam berbeza daripada askar lain kerana disaksikan oleh Ketua

Imam Tentera Poland.

Kesatuan Agama Islam Poland bergerak aktif dengan menyertai dialog di peringkat antarabang­sa dan pada tahun 1997, Pakatan Badan Katholik dan Muslim telah ditubuhkan.

Tradisi toleransi

Tanggal 26 Januari setiap tahun diraikan sebagai hari umat Islam di gereja Katholik. Setiap tahun masyarakat Muslim Poland meraikan hari mendoakan keamanan serta perpaduan seluruh dunia dengan disertai wakil Gereja Katolik dan Ortodoks.

Sambutan itu adalah warisan zamanberza­man yang menggambar­kan tradisi toleransi dan kesefahama­n antara budaya di Poland.

Sejarah Islam di Poland dikongsi oleh sejarawan Eropah dan Ketamaduna­n Islam yang juga pensyarah di Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia (UIAM), Prof Dr Ataullah Bogdan Kopanski dalam syarahan khas bertajuk barubaru ini. Syarahan itu sempena pameran

kerjasama Muzium Kesenian Islam Malaysia dan Kedutaan Republik Poland di Kuala Lumpur.

 ?? [ FOTO MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN / BH ] ?? Masjid di Slonim yang digunakan masyarakat Muslim Tatar pada zaman perang.
jajahan Islam di Poland: Tinjauan ringkas sejarah dari tahun 900 hingga hari ini,
Tatar: Muslim di Republik Poland,
[ FOTO MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN / BH ] Masjid di Slonim yang digunakan masyarakat Muslim Tatar pada zaman perang. jajahan Islam di Poland: Tinjauan ringkas sejarah dari tahun 900 hingga hari ini, Tatar: Muslim di Republik Poland,
 ??  ?? Dr Ataullah Bogdan Kopanski
Dr Ataullah Bogdan Kopanski
 ??  ?? Masyarakat Islam di Poland mengadakan majlis korban.
Masyarakat Islam di Poland mengadakan majlis korban.
 ??  ?? Tanah perkuburan Islam (mizar) di Kruszynian­y.
Tanah perkuburan Islam (mizar) di Kruszynian­y.
 ??  ?? Upacara pengebumia­n Islam di Bohoniki.
Upacara pengebumia­n Islam di Bohoniki.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia