Berita Harian

IKUT JEJAK BAPA

Mohamad Aniq tidak kekok memancing di laut dalam

-

Bapa borek, anak rintik, begitulah yang berlaku kepada Mohamad Aniq Tafhim Tajuddin yang kini rajin mengikut ayahnya menyertai aktiviti memancing di laut dalam.

Berusia 14 tahun, pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Enstek Negeri Sembilan itu berpeluang memancing di Lautan Andaman, Thailand bersama bapanya, Tajuddin Razali yang menyertai trip memburu dan membawa pulang kertang atau ‘long tan’ bahasa Kantonis dari perairan berkenaan.

Baru-baru ini, Mohamad

Aniq atau Aniq menjadi anggota termuda daripada 15 pemancing yang menyertai trip memancing di sempadan Andaman selama lima hari itu.

Berjaya jinakkan kerisi bali

Sepanjang trip berkenaan, mereka menjinakka­n 315 kilogram (kg) pelbagai jenis ikan bersaiz mega iaitu 11 kertang dan 20 kerapu biasa, ikan during, kerisi bali, ibu kerisi, kakap merah, tuna, barakuda, aruan tasik, cupak dan belitong.

Selain Aniq, bapanya, Tajuddin dan penulis, pemancing lain ialah Azne Lajis, Mat Aris Musa, Profesor Khalifah Othman, Ahmad Jain, Suhairi Hamdan, Safiri Sabri, Faridudin Hamid, Zulkifli Ahcong, Azman Aziz, Nazri Mohamad, Idris

Jalil dan Jamzuri Mujaini.

Biarpun ilmu pengetahua­n dan pengalaman Aniq, anak bongsu daripada dua beradik dalam dunia memancing tidak seberapa, namun dalam trip ini, dia berjaya menjinakka­n kerisi bali masing-masing seberat lima kg, kerapu long tan (6 kg), kakap merah (4.3kg) dan durian (3.5 kg)

Mengenali perkakasan ketika mengemas

Aniq berkata, dia mula menimba ilmu memancing daripada ayahnya yang kerap pergi memancing bersama kawan-kawan ke laut dalam di dalam dan luar negara.

“Minat memancing bermula apabila kerap tolong ayah mengemas peralatan memancing,” katanya.

Menurut Aniq, ketika itu dia bertanya bermacam-macam soalan mengenal kegunaan peralatan memancing milik ayahnya.

Dari situ, dia mula mengenali dan memahami kegunaan hampir semua peralatan memancing seperti gewang, jig, spoon lure, rapala dan macam-macam lagi.

Belum pernah mabuk laut

Lokasi pertama yang dibawa ayahnya ialah trip memancing di bawah Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (Jambatan Kedua Pulau Pinang) pada 2013.

Aniq berkata, dalam trip sehari itu, dia mendapat beberapa ikan karangan iaitu tamban serta selar menggunaka­n teknik Apollo.

“Ikan besar pertama yang saya jinakkan ialah jenahak seberat dua kg ketika memancing di Sungai Besar, Selangor, bersama ayah dan banyak lagi ikan laut yang belum diketahui namanya berjaya saya peroleh selepas itu

“Biarpun saya masih baru, namun setakat ini, saya belum pernah mabuk laut dan berharap ia tidak akan berlaku,” katanya.

 ??  ?? Mohamad Aniq bersama ayahnya, Tajuddin ketika memancing di Laut Andaman.
Mohamad Aniq bersama ayahnya, Tajuddin ketika memancing di Laut Andaman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia