Berita Harian

ENAM TAHUN BERBALOI

Dayang Nurfaizah pilih konsep malar segar bagi album terbaharu

-

Dayang ubat rindu peminat dengan album baharu

Lamadiamen­antikan saat yang penuh bermakna ini. Enam tahun bukanlah tempoh singkat untuk penyanyi, Dayang Nurfaizah, menunggu album solonya berada di pasaran.

Jika selama ini setiap kali ditanya, Dayang hanya mampu meminta semua peminatnya bersabar, kini dia sudah mampu menarik nafas lega apabila bingkisan yang dinanti akhirnya menjelma juga.

Walaupun pernah muncul dengan album rakaman live, selain kehadiran single demi single, namun kepuasanny­a tidak sama dengan penghasila­n album solo.

Justeru, apabila album yang hanya menggunaka­n namanya sebagai judul itu secara rasminya berada di pasaran, serentak dengan platform digital 15 April lalu, pastinya ia sesuatu yang amat menggembir­akan penggemar setianya.

Boleh didengar sampai bila-bila

Membelek sampul cakera padat penyanyi berasal dari Bumi Kenyalang itu, tidak dinafikan reka bentuk grafiknya sangat ringkas berbanding album terdahulu. Kulit album itu hanya memaparkan raut wajah Dayang dan dilatari dengan rona hitam putih.

Mengulas perkara itu, Dayang mengakui sengaja memilih konsep sedemikian kerana mahu album terbabit menjadimal­arsegarser­ta tiada tarikh luput.

“Dayang memang sengaja memilih konsep hitam putih kerana biasanya gambar sebegitu ada memori dan cerita di sebaliknya. Kadang-kadang juga ia bersifat misteri dan juga tiada tarikh luput.

“Memandangk­an semua lagu dalam album ini berentak balada dan lagu daripada genre itu juga orang akan dengar sampai bila-bila, jadi ia sangat sesuai dengan konsep sebegini.

“Dayang juga berharap apabila peminat melihat kembali album ini 10 tahun akan datang, walaupun gambar lama, tetapi ia masih lagi relevan,” katanya pada sidang media pelancaran albumnya yang diadakan di Kuala Lumpur, Selasa lalu.

Sifar lagu rancak

Bagi album berkenaan juga, Dayang turut mengambil risiko apabila buat julung kalinya tiada lagu berentak rancak dimuatkan sama.

Bukan disengajak­an, tetapi penyanyi berusia 35 tahun ini menjelaska­n, dia terpaksa akur dengan kehendak peminat yang menyukai lagu bergenre balada.

“Kalau bolehlah memanglah Dayang nak selitkan lagu rancak atau mid tempo, tetapi sepanjang pembikinan album ini, kebanyakan lagu yang Dayang terima semuanya berentak balada. Namun begitu, walaupun lagu balada, tetapi feel dan mood tidak sama. Kadangkada­ng, tak perasan pun album ini memuatkan lagu balada sepenuhnya.

“Lagipun, peminat memang suka Dayang menyanyika­n lagu bergenre sepertiitu­danmemanda­ngkan album ini memang untuk peminat, Dayang okey saja,” ujar penyanyi bersuara gemersik ini. Kembali bekerjasam­a dengan Ajai Sebagai pertaruhan, Dayang memilih lagu ciptaan komposer tersohor, Ajai, berjudul Separuh

Matiku Bercinta sebagai single pertama. Rasionalny­a, dia memang teringin untuk kembali bekerjasam­a dengan komposer yang pernah menaikkan namanya suatu ketika dulu.

“Diakui untuk album ini memang Dayang ambil masa untuk memilih single sesuai. Selepas Lelaki

Teragung yang menyaksika­n Dayang bekerjasam­a dengan komposer muda, timbul keinginan untuk kembali berkolabor­asi dengan Ajai

yang pernah menghasilk­an lagu Seandainya Masih Ada

Cinta, 18 tahun dulu. “Walaupun lagu sedih, namun ia lebih ringan dan sesuai untuk cita rasa pendengar. Lagu lain juga ada potensi untuk dijadikan single seterusnya,” terang pemilik nama penuh Dayang Nurfaizah Awang Dowty ini.

Diusik dengan pertanyaan adakah album ini menterjema­hkan kisah hidupnya yang sebenar, Dayang menepis dakwaan nakal itu sambil menyifatka­n tema cinta adalah universal dan relevan dengan semua pihak.

“Kebanyakan lirik lagu dalam album ini tiada kena mengena dengan Dayang. Cuma, tema cinta ialahperka­rabiasadan ia dialami semua orang.

“Ada juga lagu yang disangka ada kaitan dengan kisah diri Dayang apabila dibaca liriknya, tetapi sebenarnya tidak. Terpulangl­ah pada pendengar untuk mentafsirk­annya,” katanya penuh makna. Persembaha­n sempena pelancaran album Pada sebelah malamnya pula, bertempat di Pusat Pelanconga­n Malaysia (MATIC), Dayang melakar sejarah tersendiri apabila menyanyika­n semua lagu yang dimuatkan dalam album baharunya itu.

Ajaibnya, walaupun album berkenaan baru saja empat hari di pasaran, peminat setianya mampu menghafal lirik lagu terbabit, sekali gus menjadi penyanyi latar tidak rasmi Dayang dari tempat duduk masing-masing.

Tampil anggun mengenakan busana rekaan Datuk Rizalman Ibrahim, Dayang memulakan persembaha­nnya dengan rangkaian lagu hits yang dipetik daripada album terdahulu

seperti Hakikat Cinta, Seandainya Masih Ada

Cinta dan Pintaku Yang

Terakhir yang digubah semula susunan muziknya menjadi sedikit rancak.

Tanpa perlu sebarang gimik dan cukup sekadar dengan vokal hebat yang menjadi senjatanya, anak didik Allahyarha­m Datuk Adnan Abu Hassan ini cukup membuatkan penonton terpaku dan terhibur menyaksika­n aksinya. Tempoh dua jam ternyata tidak cukup untuk melihat Dayang menyanyi.

Dayang sememangny­a memerlukan dewan lebih besar untuk menyalurka­n bakatnya dan semoga selepas ini akan ada pihak yang sudi menaja konsertnya.

Usah disia-siakan kemampuan hebat wanita ini. Malaysia mempunyai ramai penyanyi setaraf dengan artis luar negara dan Dayang ialah seorang daripadany­a.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Lebih 500 peminat setia men
Lebih 500 peminat setia men
 ?? [ FOTO NIK HARIFF HASSAN / BH ] ??
[ FOTO NIK HARIFF HASSAN / BH ]
 ??  ??
 ??  ?? nyaksikan persembaha­n Dayang sempena pelancaran album baharunya.
nyaksikan persembaha­n Dayang sempena pelancaran album baharunya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia