Berita Harian

Ana Raffali guru contoh

Penyertaan dalam Gema Gegar Vaganza suntik semangat pelajar keluar zon selesa

-

Mahu menjadi contoh kepada pelajar, Ana Raffali, 31, membulatka­n tekad menyahut cabaran menyertai Gema Gegar Vaganza (GGV) yang menyaksika­nnya berentap di Astro Oasis bersama 10 penyanyi lain, sejak 8 April lalu.

Katanya, ungkapan supaya setiap anak didik berani keluar daripada zon selesa yang sering dititipkan di dalam kelas kini cuba dibuktikan­nya, semata-mata ingin melihat mereka mendapat suntikan semangat.

“Sebagai guru, saya sentiasa menerapkan kata-kata semangat dengan meminta mereka berani mencuba.

Boleh nampak perubahan ketara, terutama pelajar yang sebelum ini berdepan masalah penguasaan bahasa Inggeris. Jadi, apabila tiba giliran saya diajukan tawaran menyertai pertanding­an realiti ini, sudah tentu saya sahut.

“Secara tidak langsung, penyertaan ini turut membuka laluan untuk saya kembali aktif selepas beberapa tahun kebelakang­an ini tumpuan saya lebih kepada keluarga dan kerjaya perguruan,” katanya yang mengajar di sekolah swasta di ibu negara.

Masih aktif menyanyi

Memaklumka­n pihak pengurusan dan pelajarnya turut memberikan dorongan sepanjang GGV, bagi Ana, ‘lampu hijau’ daripada majikan tidak mungkin dipersiaka­n.

Ulasnya, tanggungja­wab di sekolah tetap dilaksanak­an sebaik mungkin, malah waktu kerjaya juga tidak terganggu memandangk­an pertanding­an terbabit berlangsun­g pada malam minggu, manakala latihan pula dilakukan selepas tamat tugasan.

Terdahulu, nama penyanyi yang kental dengan imej baju kurung dan bergitar itu mula menyerlah menerusi lagu Tolong Ingatkan Aku sekitar 2010, disusuli duet bersama Suhaimi Meor Hassan, Kalau Berpacaran, setahun kemudian.

Namun, langkah Ana atau nama sebenar Ana

Nur Hidayah Mohd Raffali, di arena nyanyian dilihat agak perlahan selepas mendirikan rumah tangga dan mempunyai seorang cahaya mata yang kini baharu mencecah dua tahun.

“Sebenarnya saya masih menyanyi di persembaha­n pentas mahupun pada majlis korporat. Pada masa sama, saya tetap menghasilk­an lagu. Cuma mungkin lama tidak muncul di akhbar, majalah mahupun TV, ada yang menyangka saya tidak lagi aktif.

“Apabila berkahwin, mempunyai anak dan berkerjaya, saya mengurangk­an aktiviti nyanyian. Tambahan pula, kesibukan saya turut menjurus kepada penghasila­n lagu dan lirik untuk agensi serta syarikat swasta, khususnya kempen promosi.

“Kiranya, kemunculan di GGV memang tepat pada masanya kerana saya sudah merakamkan single baharu. Selepas ini, tumpuan saya juga bakal terarah kepada promosi lagu,” kata ana.

Ingin sambung pengajian dalam neurosains

Menerusi GGV, Ana yang pernah menjulang trofi Anugerah Juara Lagu ke-25 menerusi Tolong Ingatkan

Aku bersaing dengan beberapa kumpulan dan penyanyi solo termasuk Hafiz Hamidun, Azmi Saat, Saujana, UNIC dan Mirwana.

Sementara itu, tanpa berselindu­ng, beliau meluahkan impian menyambung pengajian ke peringkat

Ijazah Sarjana atau Doktor Falsafah (PHD) dalam bidang neurosains atau ilmu saraf.

Luahnya, kecenderun­gan mengkaji aspek neurosains dalam bidang pendidikan mahu diikutinya, malah

Ana sedia ke luar negara bagi merealisas­ikan cita-citanya.

“Buat masa ini, saya masih mencari pusat pengajian bersesuaia­n.

Aspek neurosains dalam pendidikan sangat menyentuh minat saya. Sekarang saya masih mencari bahan kajian yang sesuai sebelum membuat sebarang keputusan,” katanya.

 ?? [ FOTO SHIRAZ ALI / BH ] ??
[ FOTO SHIRAZ ALI / BH ]
 ??  ?? Bersama rakan peserta GGV, Wani (kiri) dan Bienda (kanan) yang tersingkir minggu lalu.
Bersama rakan peserta GGV, Wani (kiri) dan Bienda (kanan) yang tersingkir minggu lalu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia