Berita Harian

Isteri tidak dapat sertai majlis pelancaran

-

Pada majlis yang penuh bermakna itu, selain keluargany­a, ramai teman Nazim turut hadir memberikan sokongan. Bagaimanap­un, kelibat isteri tersayang, Bella Dally, langsung tidak kelihatan.

Tidak mahu terus menebarkan spekulasi, soalan itu turut diajukan kepada bekas pramugara Penerbanga­n Malaysia (MAS) ini.

Menurut Nazim, ketiadaan Bella pada majlis itu disebabkan isterinya terikat dengan komitmen kerja yang sudah dipersetuj­ui lebih awal.

“Majlis ini sudah dua kali tertangguh sebenarnya. Bella memang sudah bersetuju untuk datang jika majlis ini diadakan pada tarikh asal, namun selepas dua kali tertangguh, dia akhirnya tak dapat hadir kerana terbabit dengan penggambar­an iklan. Bagaimanap­un, dia ada menghubung­i saya dan menyatakan dia akan cuba hadir jika kerjanya selesai lebih awal.

“Saya memahami kedudukann­ya dan saya pun tak menaruh harapan untuk dia datang hari ini. Namun saya sudah pun menyanyi lagu ini di hadapannya. Dia suka dengan lagu ini yang dianggap ditujukan untuknya,” dedah pelakon berasal dari Johor Bahru ini.

Teruja dicalonkan dalam ABPBWH 3.0

Mengulas pencalonan­nya pada Anugerah Bintang Popular BH ke-30

(ABPBH 3.0) menerusi kategori Pelakon TV Lelaki Popular, Nazim mengaku sangat teruja kerana ia menandakan dirinya masih relevan dalam bidang seni.

“Saya bersyukur kerana selepas sedekad berada dalam bidang ini dan ada ramai pelakon lelaki di luar sana, saya masih dicalonkan. Itu tandanya orang masih ingatkan saya dan saya masih lagi relevan dalam industri,“katanya.

Selama tiga dekad penganjura­nnya, Nazim mengakui ABPBH banyak menabur jasa kepada anak seni.

“Diakui ABPBH banyak membantu kerja kami. Walaupun ada yang kata populariti tidak perlu diutamakan, namun, mahu atau tidak, kita kena akur populariti itu perlu didahului. Bagaimanap­un, harus diingat, kalau kita diangkat sebagai calon, terpulang kepada kita untuk corakkan jenama kita.

“Kalau kita manfaatkan populariti yang ada dengan hati-hati, ia akan memberikan kebaikan, namun jika ia disalah guna, ia akan menghancur­kan kerjaya kita,” pesannya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia