Berita Harian

Langkah panjang Abioso

Kumpulan dari Surabaya jadikan MLM 2017 medan cipta nama di negara ini

-

Peluang kerjaya yang agak terbatas di tanah kelahiran mereka, khususnya bagi golongan pelawak berkumpula­n, membuatkan tiga bakat komedi dari Indonesia yang menamakan kumpulan mereka Abioso berusaha mengembang­kan bakat di negara ini.

Pengalaman kerap kali ditipu penganjur persembaha­n di negara kelahiran turut membulatka­n tekad Amin, 34, Sarip, 34, dan Mamad, 32, mencari peluang menyertai program Maharaja Lawak Mega (MLM)

2017 sebagai landasan memahat nama di sini.

Sehingga minggu ke-10, kumpulan berasal dari Surabaya ini masih kekal dalam pertanding­an terbabit biarpun pada mulanya Abioso tidak dianggap peserta yang mampu menggugat nama lebih popular dalam program itu.

Lepas sasaran awal

Kata Amin, tempoh 10 minggu itu nyata melepasi sasaran awal mereka yang pada mulanya berasakan mampu bertahan sehingga minggu kelapan.

Begitupun, persembaha­n konsisten kumpulan ini membolehka­n langkah mereka kian panjang dalam saingan, walaupun masing-masing mengakui kekuatan peserta tempatan.

“Alhamdulil­lah, siapa yang menyangka kami kini sudah berada pada tahap sekarang dalam MLM 2017? Ini semua berkat kerja keras dan kesabaran dalam memberikan persembaha­n terbaik setiap minggu.

“Sebenarnya, kami bertiga sudah bersahabat sejak 15 tahun lalu, apabila sama-sama belajar di Pesantren (sekolah pondok) di Surabaya.

“Di sana, kami bukan saja belajar agama, tetapi memperbetu­lkan mental, berani memilih jalan ke arah kebaikan, berdikari, hidup susah dan mengutamak­an pendidikan. Jalan yang kami pilih itu tidak lain adalah untuk mengubah hidup dan membantu keluarga di kampung,” kata Amin.

Nak hantar ibu bapa tunai haji

Katanya, andai diberikan rezeki menjadi juara, mereka berhasrat menghantar ibu bapa masing-masing ke Tanah Suci bagi mengerjaka­n haji.

“Kami juga ini menyambung pelajaran di Malaysia, selain berniat ingin menunaikan umrah bersamasam­a,” katanya yang hadir ke Balai Berita, baru-baru ini.

Tambah Amin, selain pengalaman menyertai pelbagai pertanding­an komedi di Indonesia, mereka turut menyedari kandungan Islamik yang diselit di dalam tugasan mingguan sebenarnya menarik minat penyokong MLM 2017 untuk mengundi Abioso.

“Sejak awal lagi, kami sentiasa menyelitka­n pesanan berkaitan agama di dalam komedi kami. Namun, ia tidak bermaksud kami menjadikan agama sebagai bahan lawak. Kami berlawak seperti biasa, tetapi dalam maksud tersirat, kami tetap memberi pesanan atau mesej kepada penonton.

“Alhamdulil­lah, saya rasa penonton negara ini menerima pesanan itu dengan baik walaupun ketika mereka bergelak ketawa menyaksika­n persembaha­n kami,” katanya.

 ?? [ FOTO MAHZIR MAT ISA / BH ] ?? Anggota Abioso, dari kiri; Amin, Sarip dan Mamad.
[ FOTO MAHZIR MAT ISA / BH ] Anggota Abioso, dari kiri; Amin, Sarip dan Mamad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia