Berita Harian

Bob, Syura ambil alih takhta

-

Gagal mempertaha­nkan kedudukan sebagai juara mingguan, duo Apooo yang dianggotai Elly Mazlein dan Zul 2by2 dipintas oleh Bob Yusof dan Syura Badron daripada kumpulan Gitewlaa, untuk meraih juara pada minggu kedua Super Karoks musim kedua.

Mempertaru­hkan lagu Naluri Cinta, Gitewlaa meraih undian sebanyak 26.6 peratus menumpaska­n Apooo yang memperoleh 23.6 peratus undian.

Pada minggu kedua pertanding­an anjuran

Kool FM itu, peserta turut mendapat komen daripada juri undangan, Edry Abdul Halim.

Komposer dan pemuzik itu nyata gembira dengan mutu persembaha­n dan gaya penyampaia­n semua peserta bertanding.

Gandingan tak menghampak­an

Selain memuji gabungan vokal Elly dan Zul, Edry turut melihat corak persembaha­n mereka memberikan kelebihan dalam penyampaia­n lagu. Kata pencipta lagu itu, gandingan kedua-duanya memang tidak menghampak­an.

Malah, persembaha­n Vince dan Adibah Noor daripada duo Bedeboom juga disifatkan Edry sebagai semakin meningkat.

Persembaha­n duo RG Victory (Rem dan Gmie Screen) pada minggu kedua pula dikatakan lebih baik berbanding minggu lalu dan ia memperliha­tkan kemampuan vokal mereka yang kian menyerlah.

Lagu pilihan media

Pada minggu ketiga, peserta diberi tugasan menyampaik­an lagu pilihan media, iaitu Memori Daun Pisang yang akan dipersemba­hkan Bedeboom, Bercanda Di Pasiran Pantai (Gitewlaa), Peralihan Zaman (Apooo) dan Stanza Sekeping Hati

(RG Victory). Duo Wow pula akan mendendang­kan lagu Joget Siapa Dia dendangan asal Wann.

Persembaha­n setiap kumpulan bagi meraih undian peminat dan pendengar Kool FM boleh ditonton melalui laman web www.koolfm.com.my, Facebook Kool FM, Youtube Kool TV, Instagram dan Twitter @koolfmmy.

 ??  ?? Kumpulan Gitewlaa menjadi juara minggu kedua Super Karoks.
Kumpulan Gitewlaa menjadi juara minggu kedua Super Karoks.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia