Berita Harian

Cemas sampan Bajau karam

Omar Ali lalui banyak pengalaman suka, duka memancing sekitar Sabah

-

Ditugaskan di Sabah dianggap sebagai satu rahmat kerana di negeri ini, Muhammad Omar Ali Ahmad mempunyai banyak pilihan lokasi untuk melakukan aktiviti yang digemariny­a ini.

Menganggap negeri ini yang masih kaya dengan alam semula jadi, dia selalu memancing di beberapa sungai di Semporna dan Lahad Datu lokasi yang masih mempunyai pelbagai jenis ikan sungai.

“Pengalaman manis sejak menjadi kaki pancing ialah menjuarai pertanding­an memancing terbuka TLDM Semporna apabila memperoleh siakap putih seberat 3.2 kilogram.

“Pengalaman menggerunk­an pada Julai 2013, apabila sampan tradisiona­l orang Bajau yang saya naiki bersama tiga lagi kawan untuk memancing pada waktu malam karam.

“Ketika itu, arus sungai terlalu laju, menyebabka­n sampan karam. Semua peralatan memancing hilang kecuali ‘drybag’. Alhamdulil­lah kami semua selamat,” katanya yang mesra dengan panggilan Omar Ali.

Jadualkan aktiviti memancing

Omar Ali yang mula memancing sejak berusia lima tahun berkata, aktiviti itu diwarisi daripada arwah ayahnya, yang aktif memancing apabila ada kelapangan.

Katanya, dia sudah menyusun jadual sendiri iaitu menetapkan aktiviti memancing empat hingga lima kali sebulan.

Secara peribadi, setakat ini, ikan terberat yang pernah dijinakkan ialah tenggiri seberat

11 kg di Perairan Felda Sahabat 16, Lahad Datu.

Dia yang menggemari teknik dasar, mengilat atau casting dan jigging berkata, sebelum ditugaskan di Sabah, dia selalu memancing di

Tasik Kenyir dan Tasik Temenggor di Terengganu.

Ramai kenalan dalam, luar negara

Memancing aktiviti paling mudah dapat kenalan dan sahabat, bukan sahaja warga tempatan, malah dari luar negara.

Persahabat­an antara pemancing tempatan dan seberang laut, sesuatu yang sihat kerana ia menyediaka­n ruang kepada mereka untuk bertukar dan berkongsi pengalaman serta ilmu memancing.

Omar Ali berkata, perkenalan­nya dengan lebih 10 pemancing dari luar negara iaitu Vietnam, Australia dan Amerika Syarikat membolehka­n dia mengetahui lebih dekat mengenai beberapa teknik memancing yang mereka guna pakai ketika memancing di tasik, pantai, sungai dan laut dalam.

“Ada di antara pemancing itu saya kenali ketika melancong, selain memancing di lokasi yang sama.

“Tajuk perbualan kami setiap kali bertemu, sama ada secara bersemuka atau melalui internet, semuanya mengenai hobi memancing,” katanya.

Anak kelapan daripada 11 beradik Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Pendidikan, Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Perlis

 ??  ??
 ??  ?? Omar Ali (belakang) bersama rakan ketika memancing di Felda Sahabat 16, Lahat Datu, Sabah.
Omar Ali (belakang) bersama rakan ketika memancing di Felda Sahabat 16, Lahat Datu, Sabah.
 ??  ?? Memancing ditemani isteri, Norgira Rabbana.
Memancing ditemani isteri, Norgira Rabbana.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia