Berita Harian

Sikap degil, keras kepala, makan diri

Neraka jahanam balasan individu lakukan dosa, tidak bertaubat

-

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan sesiapa yang menentang (ajaran) Rasulullah sesudah terang nyata kepadanya kebenaran petunjuk (yang dibawanya), dan ia pula mengikut jalan yang lain dari jalan orang yang beriman, Kami akan memberikan­nya kuasa untuk melakukan (kesesatan) yang dipilihnya, dan (pada hari akhirat kelak) Kami akan memasukkan­nya ke dalam neraka jahanam; dan neraka jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali.” (Surah an-nisa, ayat 115)

Al-maraghy ketika mengulas ayat ini menyatakan, barang siapa menyusahka­n rasul kerana tidak beriman atau melakukan permusuhan secara terus terang padahal bukti kebenaran telah jelas serta menyalahi jalan orang yang mendapat petunjuk, Allah SWT akan biarkan dia berpaling.

Ayat ini juga menjelaska­n sifat manusia yang mempunyai kehendak, kemerdekaa­n dan kebebasan membuat pilihan. Walau apa pun yang dipilih manusia atau diusahakan menurut kemahuanny­a,

Allah SWT akan menghalaka­n menurut kehendakny­a itu.

Sheikh Sayyid Tontawi dalam tafsirnya Al-wasit membawa pandangan Imam Muhammad Abduh bahawa orang zalim yang mempunyai kuasa enggan menerima nasihat kerana berasakan kedudukan mereka cukup tinggi dan sudah tentu pandangan mereka adalah yang terbaik.

Marah ditegur

Begitulah gambaran alquran mengenai hakikat setengah manusia hingga kita dapat berkata dengan pasti inilah watak manusia yang dimaksudka­n oleh al-quran dan melihat golongan itu sekarang hingga bila-bila.

Setiap pelaku kerosakan jika disuruh berbuat kebaikan atau dilarang berbuat kemungkara­n, mereka akan segera marah, sukar menerima teguran, timbul perasaan sombong dan angkuh. Ini kerana mereka menyangka nasihat dan petunjuk sebagai suatu penghinaan.

Kita perlu menyedari, tidak ada satu makhluk di dunia ini berhak berlaku sombong kerana kesombonga­n atau kebanggaan itu menunjukka­n kebesaran diri seseorang. Sedangkan, kebesaran atau kehebatan adalah kriteria mutlak Allah SWT dan tidak ada seorang pun boleh memilikiny­a.

Sabda Rasulullah SAW: “Tidak akan masuk syurga di dalam hatinya jika ada secebis zarah rasa sombong dan takabur.” (Riwayat Muslim)

Al-imam al-ghazali membahagik­an sifat takbur dan sombong kepada tiga bahagian iaitu sombong dan takbur kepada Allah

SWT. Orang seperti ini tidak beriman kepada Allah SWT dan mengakui dirinya Tuhan seperti yang berlaku kepada Firaun serta Namrud.

Tolak kebenaran

Sombong dan takbur kepada rasul Allah SWT, menolak apa sahaja yang disampaika­n walaupun dalam hati kecil mereka mengakui yang disampaika­n itu benar. Mereka turut merendah-rendahkan kedudukan rasul Allah SWT.

Sombong dan takbur sesama manusia. Walaupun sikap ini tidak menyebabka­n kekurangan kepada diri tetapi mengucapka­n perkataan berbaur sombong menyebabka­n orang yang mendengar berasa tersinggun­g dan tersentuh.

Salah satu penyakit hati yang menutup jalan hidayah Allah SWT adalah sifat takbur atau sombong. Penyakit ini boleh berjangkit ke seluruh lapisan manusia sama ada yang beriman atau tidak, daripada kaya sampai miskin, orang alim dan jahil.

Setengah manusia menganggap dirinya lebih tinggi daripada undangunda­ng dan lebih mulia daripada semua makhluk lain, justeru, mereka tidak boleh dinasihati lagi. Mereka ini sombong dengan dosa dan maksiat yang dilakukan.

Mereka boleh menjadikan yang buruk itu baik dan yang baik itu buruk kerana mengatasi nilai serta undangunda­ng. Sifat sombong pada orang ini menjadi ukuran kemunafika­nnya seperti mana ketakwaan menjadi ukuran kekuatan iman seseorang.

Tahu akibatnya

Sesiapa yang menentang ajaran Rasulullah SAW sesudah diberitahu melalui al-quran secara jelas, maka Allah SWT akan memberikan­nya kuasa untuk melakukan kesesatan itu. Tetapi, pada hari akhirat, mereka akan dimasukkan ke dalam neraka jahanam iaitu seburukbur­uk tempat kembali.

Jalan untuk berbuat kebajikan hendaklah disahkan terlebih dahulu oleh Allah SWT dan rasul-nya kerana Islam menolak konsep matlamat menghalalk­an cara.

Apabila seseorang melakukan dosa dan menyedari dirinya bersalah, di hadapannya ada dua jalan iaitu kembali ke pangkal jalan dan segera bertaubat. Kedua, terus berdegil serta menentang arus dan akibat yang bakal menimpa ialah mereka akan dihantar ke neraka jahanam.

Penentanga­n yang digambarka­n itu bukan penentanga­n biasa, tetapi penentanga­n disebabkan degil dan keras kepala, berasa dirinya lebih tahu dan sedia memikul apa juga risiko. Oleh itu, wajar mereka menerima nasib sebagaiman­a disebutkan dalam ayat itu.

 ??  ?? Oleh Ahmad Shukri Yusoff
Oleh Ahmad Shukri Yusoff

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia