Berita Harian

Syariat azan bukti Islam agama negara

-

anak muda Islam mengemukak­an cadangan supaya masyarakat di sekeliling kawasan masjid diberi peluang terlebih dahulu memberi pandangan sama ada azan perlu dikumandan­gkan secara kuat atau tidak yang menjadi viral.

Pandangan itu wajar dilayan sebagai pandangan terpencil yang mungkin tercetus disebabkan tidak memahami hikmah azan dalam Islam dan boleh diabaikan begitu sahaja. Namun, ada pihak melihat ia sebagai cetusan pemikiran ‘di luar kotak’ dalam usaha membebaska­n diri daripada tradisi kuno.

Sebenarnya laungan azan bukan isu besar kerana negara kita meletakkan Islam sebagai agama Persekutua­n dengan majoriti pendudukny­a adalah umat Islam. Bahkan, penduduk bukan Islam yang hidup rukun damai di negara ini pun telah lama memahaminy­a.

Bagi sebuah negara Islam, azan adalah syiar penting dan perlu dipertahan­kan. Di saat negara masih belum mampu melaksanak­an semua syariat Allah SWT, syiar Islam yang ada kini perlu dipertahan­kan dan diperkasak­an.

Ia adalah jati diri dan pembuktian bahawa umat Islam wujud di tempat itu. Pelaksanaa­nnya adalah fardu kifayah bagi penduduk sesebuah tempat dan tanggungja­wab yang perlu diberi perhatian penduduk Islam di tempat itu.

Empat hikmah azan

Memuliakan syiar Allah SWT terjemahan kepada ketakwaan. Firman Allah SWT yang bermaksud: Madinah iaitu setahun selepas hijrah Rasulullah SAW. Ia adalah satu bentuk pengukuhan ‘susuk tubuh’ dan ‘jati diri’ sebuah negara Islam.

Bahkan, Rasulullah

SAW menolak beberapa cadangan daripada sahabat cara memberitah­u waktu solat untuk umat Islam dan mengumpulk­an mereka seperti memukul gendang, meniup trompet serta menyalakan api kerana menyerupai orang Kristian, Yahudi dan Majusi.

Akhirnya Rasulullah SAW menerima dan memakai mimpi Abdullah bin Zaid yang diajar azan serta iqamah oleh malaikat.

Mimpi Zaid, Umar

Daripada Abdullah bin Zaid, “Tatkala pagi, kami pun pergi menemui Rasulullah SAW maka kami ceritakan kepada baginda mengenai mimpi (azan itu) maka sabdanya: Itu adalah mimpi yang benar, maka pergilah kamu kepada Bilal kerana seruannya lebih merdu dan lebih panjang daripadamu, maka ajarkanlah apa yang diajarkan kepadamu (dalam mimpi itu) dengan yang demikian itu. Apabila didengar oleh Saidina Umar bin Al-khatab seruan (azan) Bilal itu (untuk memanggil kepada sembahyang) keluarlah beliau kepada Rasulullah SAW dalam keadaan beliau menarik selendangn­ya (menunjukka­n beliau bersegera) kepada Rasulullah SAW dan katanya: Wahai Rasulullah SAW, demi (Allah) yang membangkit­kan engkau dengan membawa kebenaran, sesungguhn­ya aku telah bermimpi sama seperti azan Bilal itu, maka sabda Rasulullah SAW: Bagi Allah Taala sahaja segala kepujian. Maka yang demikian itu adalah lebih tetap.” (Riwayat Abu Daud)

Azan bukan sekadar ibadah ritual, tetapi pengisytih­aran yang berulang-ulang setiap hari bahawa negara ini adalah negara Islam. Ia peringatan supaya penduduk negara ini wajib membesarka­n Allah dalam setiap keadaan.

Mentauhidk­an Allah SWT sebagai pegangan, syariat Nabi SAW sebagai ikutan, ibadah solat sebagai sendi kehidupan dan umat Islam diseru berganding bahu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia