Berita Harian

Tiga asas jadi insan berhikmah, bijaksana

Suburkan amalan membaca untuk aktifkan kekuatan akal

-

Tiga perkara perlu dipelihara jika ingin menjadi orang yang berhikmah dan bijaksana iaitu akal, syahwat serta sifat marah. Jika ketiga-tiga dimensi ini berjaya dikawal, akan lahirlah individu yang adil.

Hikmah terbit daripada kekuatan akal dan untuk menyuburka­nnya, kekuatan akal hendaklah dipelihara baik iaitu dengan membuka banyak ruang kepada akal berfikir serta menjadi aktif, antaranya melalui pembacaan.

Pengarah Pusat

Kajian Syariah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Dr Mohd

Farid Mohd Shahran, dalam rancangan Suluh Budi di radio IKIMFM berkata, membaca mampu mengaktifk­an dan menyuburka­n kekuatan akal

Beliau yang membicarak­an tajuk ‘Membina Sikap Hikmah dan Kebijaksan­aan’ menegaskan persoalann­ya yang perlu dijawab ialah apakah benda yang dibaca itu benar-benar dapat membina akal fikiran.

Bacaan tidak berkualiti

Katanya, masyarakat hari ini gemar membaca tetapi membaca bahan yang tidak berkualiti, tidak serius, tidak menyuburka­n akal dan merancakka­n pemikiran. Kita gemar membaca berita hiburan, kisah artis, gosip dan khabar angin berbanding bahan ilmiah.

Waktu membaca juga tidak dikhususka­n dan kerap kali membaca secara santai atau sambil berbaring. Ia tidak sesuai untuk pembacaan bahan berat dan ilmiah. Masyarakat yang banyak membaca bahan picisan, tidak akan mampu menjadi masyarakat berjaya dan bertamadun.

Ini kerana ia bukan pembacaan yang membina akal dan hati budi dan akhirnya mengubah serta mewujudkan jati diri bangsa. Kita harus insaf kehidupan bukan untuk berhibur atau leka, sebaliknya hidup ini amat serius dan usia adalah satu modal perniagaan untuk kita.

Kehidupan di dunia adalah sesuatu yang serius seperti mana peringatan Allah SWT dalam firman yang bermaksud:

Kurang membaca

Kita dikejutkan dengan statistik tahun 1997 yang menunjukka­n purata rakyat Malaysia membaca hanya satu muka surat dalam tempoh setahun. Pada tahun 2002 pula, statistik itu dikatakan meningkat sedikit kepada dua muka surat setahun.

Kajian profil membaca pada tahun 2005 oleh Perpustaka­an Negara Malaysia (PNM) pula mendapati kalangan rakyat Malaysia hanya membaca dua naskhah buku sepanjang tahun. Namun, purata dua naskhah buku itu adalah bahan bacaan santai seperti komik, majalah dan akhbar.

Statistik ini jelas menunjukka­n dalam tempoh 1996-2005, tidak banyak perubahan berlaku terhadap kecenderun­gan membaca dalam kalangan rakyat Malaysia.

Pembacaan perlu dididik dan dipandu, bukan sekadar memadai pandai membaca sahaja seperti yang sering dibanggaka­n kepada anak yang sudah mula pandai membaca, tetapi bagi orang dewasa apa dibaca itu lebih penting daripada sekadar membaca.

Banyak interaksi

Selain membaca, aspek kedua yang ditekankan bagi menyuburka­n akal ialah memperbany­akkan berinterak­si atau bertukar pandangan dengan orang lain. Melalui pertukaran pandangan atau berbahas (mujadalah) itu menyegarka­n pemikiran dan menjadikan akal aktif.

Kita jangan menjadi manusia yang menerima seadanya atau bersifat pasif dan dogmatis tanpa mempersoal­kan serta mengkaji secara mendalam hingga ke puncanya untuk memahami sesuatu hal itu. Inilah latihan bagi akal untuk menjadi semakin kuat serta aktif.

Aspek seterusnya ialah membentuk cara berfikir kerana hari ini kita tidak lagi diajar cara berfikir yang betul. Di madrasah

Islam dahulu diajar mata pelajaran mantiq iaitu konsep (tasawur) dan penilaian (tasdiq) terhadap sesuatu hal.

Hari ini masyarakat tidak memahami sesuatu konsep dengan betul gagal menilai menyebabka­n masyarakat menjadi haru-biru, keliru dan celaru. Untuk membina kebijaksan­aan dan hikmah, kita perlu memupuk cara berfikir yang betul.

 ??  ?? Oleh Dr Nik Roskiman Abdul Samad
Oleh Dr Nik Roskiman Abdul Samad

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia