Berita Harian

PROTON ERTIGA

MPV kompak cekap tenaga

-

Memandu uji Proton Ertiga, kenderaan pelbagai guna (MPV) kompak buatan Malaysia pastinya memberi pengalaman berbeza kerana ia bukan saja selesa ketika memandu, malah ia juga mampu milik.

Ertiga, yang dilancarka­n oleh PROTON Holdings

Bhd (PROTON) pada hujung November lalu menjadi taruhan terbaharu pengeluar kereta nasional selepas model Exora yang mana ia adalah satu lagi segmen yang cuba untuk ditembusi oleh pengeluar kereta nasional itu.

MPV kompak yang mendapat pengiktira­fan kenderaan cekap tenaga (EEV) itu juga adalah kenderaan pertama yang dikeluarka­n menerusi usaha sama yang dijalin oleh PROTON bersama Suzuki.

Baru-baru ini, BH Auto diberi peluang memandu uji Ertiga selama seminggu. Penulis menggunaka­n peluang yang diberikan itu memandu uji bersama keluarga ke Melaka.

Perjalanan selesa

Dengan perjalanan membabitka­n lebih 300 kilometer (pergi-balik), penulis dapat merasai prestasi daripada varian paling tinggi untuk Ertiga, Executive Plus.

Berdasarka­n saiznya yang lebih kecil berbanding Exora, penulis berpendapa­t, ia sesuai untuk keluarga yang tidak terlalu besar tetapi berhasrat mendapatka­n kenderaan MPV untuk perjalanan lebih selesa dan berlainan daripada kenderaan sedan biasa.

Ertiga menggunaka­n platform dan enjin sama seperti Suzuki Swift generasi ketiga, iaitu unit petrol K14B 1.4 liter DOHC dengan VVT, dan gabungan kotak gear automatik empat kelajuan.

Dengan kuasa sebanyak 92 PS dan tork

130 Nm, Ertiga tidak mempunyai masalah kuasa kerana penulis merasai kelancaran pemanduan sepanjang perjalanan.

Dari segi kabin, Ertiga agak ‘kosong’ dengan ketiadaan panel sesentuh dan unit infotainme­nt komprehens­if seperti yang terdapat pada varian tertinggi model sedan, Proton Persona.

Begitupun, kemasan dalamannya boleh dipuji kerana pilihan warna pada papan pemuka dan badan dalaman amat bersesuaia­n dengan sebuah kereta berkonsepk­an keluarga.

Tempat duduk bolehlaras

Beralih ke bahagian penumpang belakang, Proton Ertiga sebenarnya boleh memuatkan tambahan lima lagi penumpang jika berdasarka­n kepada ruang dan saiz tempat duduknya.

Namun demikian, PROTON memasarkan kenderaan ini sebagai MPV kompak enam tempat duduk disebabkan tiada tali pinggang keledar di bahagian tengah.

Bagi mewujudkan fungsi fleksibel, bahagian tempat duduk penumpang belakang boleh dilaras, sama ada dilunjurka­n ke depan atau belakang, disandar atau ditegakkan untuk pelbagai kegunaan dan saiz.

Ciri terbaik ditampilka­n di bahagian ruang belakang adalah kehadiran corong pendingin hawa di bahagian panel bagi memberikan keselesaan maksimum kepada penumpang belakang.

Berdasarka­n pakej harga yang ditawarkan oleh PROTON kepada pembeli Ertiga iaitu bermula daripada RM58,800 (Manual) dan Executive Plus (RM64,800),

jelas model baharu kali inni ditampilka­n dengan harapan supaya ada pilihan diberikan kepada segmen kereta keluarga selain sedan. Namun, seperti yang diutarakan penulis sebelum ni, ia lebih sesuai kepada saiz keluarga yang tidak terlalu besar kerana selepas nmengambil kira ruang yang disediakan serta ruang nmeletak bagasi, ia mungkin 'cukup-cukup’ untuk lima orang (bersama bagasi).

Cekap tenaga

Dari segi penjimatan bahan api, meski pun perjalanan ke Melaka membabitka­n kira-kira 300km, penulis tidak perlu mengisi sebarang petrol sejak ‘menemput’ jemput' Ertiga di Subang Jaya hinggalah ia dipulangka­n di tempat sama.

Berdasarka­n pemanduan penulis sekitar 100 hingga 120 kilometer sejam, ia membuktika­n Ertiga amat cekap tenaga selain selesa untuk pemandu dan penumpang.

Beralih kepada aspek keselamata­n, Ertiga dilengkapi dua beg udara, ciri keselamata­n ABS dengan EBD, cagak tempat duduk kanak-kanak

Isofix serta penghadang hentaman sisi untuk mengurangk­an risiko kecederaan kepada pemandu dan penumpang.

Dengan kelengkapa­n ini juga, Ertiga menerima penarafan empat bintang daripada ASEAN NCAP.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Ruang dalaman memuatkan enam penumpang dengan selesa. Stereng dan panel meter.
Ruang dalaman memuatkan enam penumpang dengan selesa. Stereng dan panel meter.
 ??  ?? Lampu hadapan.
Lampu hadapan.
 ??  ?? Ruang kargo yang luas.
Ruang kargo yang luas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia