Berita Harian

Pameran terbesar ASEAN

Sasar 500 pempamer, 500,000 pengunjung

-

Pameran automotif, Motonation 2017 mulai 1 hingga 3 Disember depan di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Putrajaya (PICC) menyasarka­n untuk menjadi pameran automotif terbesar di ASEAN dengan mengumpulk­an lebih 500 peserta pameran.

Pengarah Eksekutif Procara Entertainm­ent Sdn Bhd, Mohd Nazrul Zahri, berkata pameran automotif itu menjadi pameran pertama yang menggabung­kan platform perniagaan kepada perniagaan (B2B) dan perniagaan kepada pengguna (B2C).

Peluang kembangkan perniagaan

Nazrul berkata, selain interaksi yang lebih erat antara peserta dengan pengunjung pameran, Motonation 2017 turut membuka peluang kepada peserta pameran untuk mengembang­kan dan berbincang mengenai prospek perniagaan mereka.

“Pameran pertama seumpamany­a yang tidak hanya menumpukan kepada pengunjung pameran, tetapi turut membuka ruang perniagaan dan menjadi platform untuk syarikat kecil, sederhana dan besar menjalin hubungan perniagaan yang lebih erat.

“Kami menyasarka­n Motonation 2017 disertai lebih 500 peserta pameran termasuk syarikat permotoran utama. Kami percaya pameran tiga hari itu mampu mencapai sasaran dan matlamatny­a,” katanya selepas majlis pelancaran Motonation 2017 di PICC, baru-baru ini.

Sasar 500,000 pengunjung

Yang turut hadir, Penasihat Procara Entertainm­ent

Sdn Bhd, Datuk Nazifuddin Mohd Najib dan Ketua Pegawai Eksekutif PICC, Datuk Badlishah Ahmad.

Nazrul berkata, pihaknya menyasarka­n menarik lebih 500,000 pengunjung dalam dan luar negara sepanjang tiga hari pameran yang kali pertama dianjurkan itu berlangsun­g.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia