Berita Harian

Kecil tetapi mengujakan

-

Skuter tidak lagi asing di pasaran Malaysia kerana tahap pemilikan motosikal automatik itu semakin meningkat saban tahun, selain juga memiliki banyak pilihan.

Dengan tawaran terbaik disajikan oleh pengeluar terkemuka baik dari luar negara atau tempatan, ia membuka ruang kepada semua membuat penilaian sebelum memutuskan untuk membelinya.

Contohnya, Ego Solariz yang ditampilka­n Hong Leong Yamaha Motor berbeza dengan Avantiz dari segi gaya dan rekaan.

Meskipun ada perbezaan, ia tetap menjadi sebuah skuter yang bergaya di samping menonjolka­n rekaan matang untuk pasaran sejajar perkembang­an teknologi terkini.

BH Auto yang diberi peluang menunggang uji skuter itu teruja apabila dimaklumka­n mengenainy­a kerana sudah membayangk­an keupayaan jenama keluaran Yamaha.

Jimat bahan api

Berdasarka­n pengalaman menunggang uji Ego Avantiz, penulis dapati Solariz amat bertenaga, sekalipun saiznya lebih kecil yang kadangkala lutut penulis ‘terkena’ pada sisi badan bahagian depan motosikal itu.

Dalam masa sama, penulis dapat pastikan penggunaan bahan api Solariz ini amat menjimatka­n tetapi tiada kompromi dengan lebih pecutan apabila pendikit dipulas mengejut.

Ketika pendikit dipulas sedikit di bawah kelajuan 70 kilometer sejam (km/j), panel meter dengan penunjuk ‘ECO’ terus menyala menandakan keseimbang­an kuasa dan bahan api yang efisien dicapai, sekali gus memberi lebih jaminan penjimatan bahan api.

Pengendali­an motosikal automatik ini amat menyenangk­an dengan saiz kecil dan kuasa yang dijana menjadikan Ego Solariz mudah dikawal kerana ringan, termasuk pendikit minyaknya responsif.

Kuasa pecutan

Dalam keadaan pegun, skuter ini dengan mudah boleh digerakkan dibantu pula dengan sistem transmisi yang menggunaka­n tali sawat V automatik lasak yang banyak memudahkan penunggang.

Sepanjang tunggangan, penulis amat yakin dengan kuasanya dengan pecutan 100 km/j di sepanjang lebuh raya. Prestasiny­a ketika mengambil selekoh juga meyakinkan.

Tahap keyakinan ketika mengambil selekoh juga sedikit berbeza daripada Avantiz, malah penulis amat yakin untuk membelok pada kelajuan agak tinggi.

Pengendali­an menyeronok­kan

Walaupun saiz tayar depan iaitu 70/90-14M/C 34P dan belakang 80/90 14M/C

46P, penulis tidak terasa tergugat untuk memecut laju dan membuat olengan badan ketika di selekoh.

Selama seminggu diberi peluang menunggang uji Ego Solariz, penulis semakin menggemari skuter ini dari segenap penggunaan­nya.

Tidak kira di lebuh raya atau jalan bandar, pengendali­annya sangat menyeronok­kan dan tidak menimbulka­n masalah, malah ia tidak sukar untuk penulis ‘mencilok’ ketika trafik sesak.

Dengan tangki minyak 4.2 liter, tolok meter minyaknya agak cepat menurun jika terus menunggang dalam keadaan laju berikutan tangki yang kecil.

Kesimpulan­nya, sebagai sebuah medium pengangkut­an ringkas,

Ego Solariz amat sesuai untuk kegunaan seharian.

 ?? [ FOTO EIZAIRI SHAMSUDIN / BH ] ??
[ FOTO EIZAIRI SHAMSUDIN / BH ]
 ??  ??
 ??  ?? Mempunyai saiz tayar depan 70/90-14M/C 34P.
Mempunyai saiz tayar depan 70/90-14M/C 34P.
 ??  ?? Penggunaan bahan api menjimatka­n.
Penggunaan bahan api menjimatka­n.
 ??  ?? Panel meter penunjuk ‘ECO’.
Panel meter penunjuk ‘ECO’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia