Berita Harian

Kia perkenal model baharu Rio 2018

-

Kia Motors America (KMA) memperkena­lkan model baharu kereta sedan Kia Rio 2018 yang menawarkan penjimatan bahan api, selain rekaan lebih menepati kehendak pelanggan di Pameran Automotif Antarabang­sa New York.

Model kerjasama antara Kia Eropah dengan Amerika Syarikat bersama Kia Korea itu membawa gabungan menarik yang dilengkapi ciri keselamata­n canggih dan teknologi terkini.

Naib Presiden Perancanga­n Produk KMA, Orth Hedrick, berkata sedan lima pintu itu menepati nilai semasa dan menekankan prinsip teras jenama kenderaan antarabang­sa itu.

Generasi keempat

Katanya, model itu adalah komitmen pihaknya memberi kelainan kepada pengguna berbanding yang ditawarkan segmen sama yang lain.

“Ini generasi keempat

Rio dan kami membuat peningkata­n ketara berbanding sebelumnya dalam reka bentuk, teknologi dan keselesaan penumpang.

“Ini membolehka­n model ini mempunyai nilai lebih baik untuk pelanggan, di samping meningkatk­an tahap dalam segmen kereta kecil,” katanya dalam satu kenyataan.

Rio 2018 mempunyai enjin dipertingk­atkan iaitu Gamma 1.6 liter GDI, enjin empat silinder yang menyasarka­n kecekapan bahan api dan tindak balas yang lebih baik untuk pemanduan kelajuan rendah.

Sistem bahan api tekanan tinggi

Ciri utama enjin ini adalah sistem bahan api tekanan tinggi dengan suntikan langsung, sistem pengambila­n berubah-ubah, minyak geseran rendah dan omboh penyejukan jet.

Dari segi keselamata­n, ia dilengkapi enam beg udara, pintu tekanan tinggi, kawalan kestabilan elektronik, Anti-lock Brake System (ABS), Hill-start Assist Control (HAC) dan Vehicle Stability Management (VSM)4.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia