Berita Harian

Kawasaki Ninja H2

-

Seorang pesara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bertuah selepas memenangi motosikal Kawasaki Ninja H2 bernilai RM153,900 daripada Kawasaki Motor Malaysia.

Cik Asmawi Che Kob,

43, yang juga peminat motosikal berkuasa tinggi berkata, hadiah itu sebagai rezeki berganda selepas membeli motosikal jenis Kawasaki ZR800 Julai tahun lalu berharga RM50,800 hasil keuntungan berniaga.

“Sebaik motosikal terbabit bertukar tangan, saya diberi borang cabutan bertuah untuk diisi sempena Hari Malaysia dan tidak mengetahui hadiah yang ditawarkan.

“Pada disember tahun lalu, saya menerima panggilan telefon daripada pihak Kawasaki, memberitah­u saya memenangi hadiah utama.

Pada mulanya saya menyangkak­an itu adalah panggilan palsu.

“Sukar untuk percaya, namun teruja sebaik sahaja disahkan oleh wakil pengedar motosikal berkuasa tinggi di sini, iaitu tempat saya membeli motosikal Kawasaki ZR800,” katanya ketika ditemui selepas majlis penyerahan motosikal Kawasaki Ninja H2, di Kota Bharu, baru-baru ini.

Hadiah bermakna

Katanya, hadiah itu amat bermakna dalam hidupnya kerana begitu meminati motor berkuasa tinggi terutama model terbaharu itu.

“Sebelum ini saya tidak mampu membeli dan hanya menunggang motosikal biasanya saja.

Kali ini impian saya tercapai bukan hanya sebuah, tapi dua motosikal sekaligus dalam tempoh tidak sampai setahun,” katanya.

Kawasaki Ninja H2 adalah pengeluara­n pertama Kawasaki yang dalam kategori motosikal berkuasa super selepas beberapa model yang dikeluarka­n awal 1980-an dan mempunyai kelebihan kurang janaan haba daripada reka bentuk.

Sementara itu, Pegawai Eksekutif Pemasaran Kawasaki Malaysia, Alwyn Foo, berkata pemenang itu bertuah kerana motor model ini adalah yang pertama di Kelantan.

Deruman enjin garang

“Kelajuanny­a mencecah

400 kilometer sejam, selain reka bentuk lampunya yang unik dan bunyi deruman enjin yang cukup garang.

“Kami juga menawarkan hadiah cabutan bertuah bulanan kepada pelanggan bagi menghargai mereka yang melakukan pembelian dengan Kawasaki Motor Malaysia,” katanya. Pesara tentera

 ??  ??
 ??  ?? Pemenang hadiah cabutan bertuah sempena Hari Malaysia bergambar selepas majlis penyampaia­n hadiah, baru-baru ini.
Pemenang hadiah cabutan bertuah sempena Hari Malaysia bergambar selepas majlis penyampaia­n hadiah, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia