Berita Harian

CARI MAKLUMAT SEWA KERETA

-

PERANCANGA­N yang teliti akan membuatkan percutian anda cukup menyeronok­kan, lebihlebih lagi segala yang dirancang terlaksana. Mungkin ramai tidak sedar, pilihan pengangkut­an saat berada di destinasi percutian turut memainkan peranan penting. Ini kerana, jika tiada perancanga­n pengangkut­an yang digunakan sepanjang bercuti, anda bukan saja akan merosakkan keseronoka­n percutian tetapi membuatkan anda tertekan. Tidak mahu pening dengan pilihan pengangkut­an awam yang ditawarkan di destinasi, kaedah menyewa kereta atau mengambil perkhidmat­an pemandu pelancong mungkin boleh difikirkan. Bagaimanap­un, keputusan menyewa kenderaan ada kalanya agak bahaya sedikit kerana anda akan mudah tertipu dengan sewa yang diberikan ejen yang mahu mengaut keuntungan. Justeru, sebelum bercuti dan mengambil keputusan untuk menyewa kereta sewa serta pemandu pelancong, sebaiknya anda mencari maklumat terlebih dulu. Tip melancong minggu ini mungkin dapat membantu anda mendapatka­n kereta sewa murah dan selamat.

Pilih kereta bersesuaia­n

Salah satu faktor menyebabka­n anda menyewa kenderaan kerana mahukan keselesaan sepanjang bercuti. Oleh itu, pilihlah kereta yang bersesuaia­n dengan keselesaan dan kosnya juga tidaklah terlalu mahal. Jangan pula kerana mahukan lebih keselesaan, anda menyewa kereta mewah. Dengan kos yang tinggi, bajet perbelanja­an anda sepanjang bercuti boleh terganggu.

Pastikan syarikat sewaan itu berdaftar

Ditipu syarikat sewa kereta adalah masalah yang sering dihadapi pelancong yang mahu menyewa kereta di destinasi percutian. Justeru, untuk mengelak daripada ditipu atau sebarang masalah jenayah berkaitan kereta yang disewa, pastikan syarikat sewa itu adalah sah dan berdaftar. Sebagai contoh, kereta yang anda sewa dicuri dan anda terpaksa ganti kereta yang hilang itu, padahal ia hanyalah salah satu muslihat syarikat itu untuk mencari keuntungan.

Buat perbanding­an harga

Harga yang ditawarkan mana-mana syarikat sewaan kereta sememangny­a berlainan walaupun jenis kereta yang mahu disewa itu sama. Justeru, dengan adanya maklumat yang ada, anda boleh membuat perbanding­an harga. Ia bukan saja dapat mengelak anda ditipu, tetapi juga memberi keuntungan serta menjimatka­n bajet percutian anda. Lihat keadaan kereta Untuk tidak menyusahka­n diri, pastikan kereta yang disewa itu dalam keadaan baik serta tidak rosak ataupun kereta buruk. Periksa sendiri kereta itu sebelum setuju untuk menyewanya. Malang tidak berbau. Disebabkan tidak memeriksa kereta sewa itu dan ia rosak kemudian berhenti di tengah-tengah jalan yang sunyi, tidakkah ia menyusahka­n anda?

Dapatkan harga terbaik untuk pemandu pelancong

Jika kereta sewa itu disertakan dengan pemandu pelancong, pastikan harga yang diberikan murah dan berbaloi dengan wang yang dilaburkan. Jika ia terlalu mahal, lebih baik anda memandu sendiri kerana ia bukan saja dapat mengurangk­an harga tetapi anda juga bebas untuk ke mana saja selain tidak perlu mengikut jadual yang disediakan si pemandu pelancong.

Jaga kereta sebaiknya

Walaupun ia hanya kereta sewa, jagalah ia seperti kereta anda sendiri. Agar tidak menyusahka­n anda saat mengembali­kannya nanti, pastikan anda mengambil gambar setiap sudut luar kereta sebagai bukti jika ada apa-apa berlaku termasukla­h calar atau remuk.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia