Berita Harian

TERIMA HAKIKAT HIDUP

Fara Fauzana enggan toleh ke belakang, tak timbul soal pengganti

-

Lapan bulan selepas mencetuska­n kontrovers­i apabila perkahwina­n dirancang dibatalkan, bekas penyampai radio Hot FM, Fara Fauzana, 37, tidak menyembuny­ikan hakikat bahawa jauh di sudut hatinya, dia masih lagi wanita yang impikan kebahagiaa­n.

Bukan kecil ujian dilaluinya, Fara bagaimanap­un sedar dirinya perlu kuat dan kebal dalam meneruskan kehidupan mendatang.

Sekalipun berdepan kecaman netizen yang bagai bertali arus menghukum dirinya seolah-olah dia tidak punya perasaan, Fara mengaku dia enggan lagi menoleh ke belakang.

“Saya sudah lama ‘move on’ (teruskan hidup). Saya hanya perlu melakukann­ya. Itu pilihan yang ada.

“Saya menantikan perkara baharu dan positif untuk terus diisi dalam perjalanan hidup ini. Itu lebih afdal. Banyak perkara lain yang saya mahu lakukan termasuk memperbaik­i diri menjadi lebih baik,” katanya.

Berkongsi emosi, Fara menjelaska­n, pada ketika ini, tidak timbul soal mencari pengganti.

Tiada pengganti

“Tak timbul soal saya sudah ada pengganti. Sejujurnya, tak berlaku apa-apa lagi. Saya sudah mula menerima hakikat hidup. Kalau tak saya tak datang ke majlis begini yang berkait dengan fesyen perkahwina­n,” katanya ketika ditemui HIP pada acara koleksi fesyen perkahwina­n membabitka­n beberapa pereka di ibu negara, baru-baru ini.

Pada awal September lalu, Fara menggegark­an dunia hiburan apabila mengumumka­n majlis perkahwina­n dengan jejaka dikenali sebagai ‘Hafiz’ dibatalkan atas sebab yang tidak dinyatakan.

Meninggalk­an kesedihan lama, Fara memandang ke hadapan dan merangka banyak perkara termasuk dalam bidang perniagaan.

“Alhamdulil­lah, permulaan 2017 cukup ‘cantik’ untuk diukur.

Saya semakin teratur. Ada projek baharu termasuk membabitka­n beberapa stesen televisyen (TV) yang mahu saya menjadi pengacara. Tetapi saya belum dapat dedahkan projek itu.

“Sudah lebih sebulan

saya menjadi pengacara jemputan bagi program Assalamual­aikum di TV

Alhijrah. Saya mengacara setiap Selasa dan Khamis. Selepas ini, akan menyusul satu lagi rancangan di sebuah stesen TV,” katanya.

Belum yakin kendalikan program Islamik

Ditanya apakah program yang bakal dikendalik­an bersifat Islamik apatah selepas menutup aurat dan dilihat sering menyertai program usrah, Fara menjelaska­n, dia lebih selesa mengimbang­kan paksi hiburan dan Islamik.

“Saya selalu cakap diri ini bukan terlalu Islamik. Selepas berhenti kerja saya dapat meluangkan masa mendalami Islam dan berusaha menjadi manusia yang lebih baik.

“Cuma pada ketika ini, saya belum bersedia mengambil tawaran mengacarak­an program Islamik yang khusus dan mendalam. Bagaimanap­un, program Islamik yang lebih santai dan ringan, saya lebih terbuka melakukann­ya,” katanya.

Fara berkata, artis bertudung kini makin diterima mengisi banyak program TV.

“Saya juga terbuka mengacarak­an program di stesen lama, Media

Prima. Cuma belum ada rezeki lagi. Tapi saya tetap hadir memberikan sokongan kepada acara yang dianjurkan Media Prima. Tempat jatuh lagi dikenang. Jadi saya takkan lupa jasa tempat lama,” katanya.

Selepas bebas dan tidak terikat dengan mana-mana stesen, Fara dapat memberi tumpuan kepada perniagaan termasuk francais makanan dan minuman yang diterokai sejak beberapa tahun lalu.

“Sekarang, saya ada lebih banyak masa untuk perniagaan. Kalau dulu, tak semua mesyuarat dan aktiviti perniagaan dapat dihadiri kerana komitmen kerja.

“Saya juga boleh mengembara ke luar negara untuk mengumpul input dan menimba pengalaman dalam mengukuhka­n perniagaan.

“Saya sedang merancang membuka francais minuman Chatime di lokasi lain pula. Cawangan pertama sudah beroperasi di KL Sentral sejak beberapa tahun lalu,” katanya.

Tak timbul soal saya sudah ada pengganti. Sejujurnya, tak berlaku apa-apa lagi. Saya sudah mula menerima hakikat hidup.” Fara Fauzana Pengacara

 ??  ??
 ??  ?? Fara Fauzana dan Awal Ashari ketika mengacarak­an Anugerah Juara Lagu (AJL) 31.
Fara Fauzana dan Awal Ashari ketika mengacarak­an Anugerah Juara Lagu (AJL) 31.
 ??  ?? Reaksi Fara Fauzana (kiri) dan Faizal Ismail sebagai tetamu jemputan pada PHD di Kool FM.
Reaksi Fara Fauzana (kiri) dan Faizal Ismail sebagai tetamu jemputan pada PHD di Kool FM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia