Berita Harian

JAGUAR JENTERA TERBAIK DUNIA

SUV rangkul dua pengiktira­fan Anugerah Kereta Dunia 2017

-

Jaguar F-PACE dinobatkan sebagai kereta tercantik dan terbaik di dunia pada Anugerah Kereta Dunia 2017 selepas meraih dua anugerah berprestij iaitu Kereta Terbaik Dunia dan Kereta Rekaan Terbaik Dunia.

Kenderaan utiliti sukan berprestas­i ini adalah model paling laris yang dihasilkan Jaguar dan menjadi model kedua dalam sejarah 13 tahun Anugerah Kereta Dunia.

Kejayaan memenangi dua anugerah itu berdasarka­n 75 undian diterima F-PACE daripada wartawan automotif dari 24 negara.

Ketua Pegawai Eksekutif Jaguar Land Rover, Dr Ralf Speth, berkata F-PACE direka dan dibangunka­n sebagai kenderaan utiliti sukan (SUV) berprestas­i dengan elemen dinamik yang luar biasa, untuk kegunaan harian dan rekaan menonjol.

Kereta paling praktikal

“Anugerah ini sebagai penghargaa­n kepada bakat dan kerja berpasukan untuk menghasilk­an F-PACE, kereta paling praktikal di dunia dan kenderaan paling laris Jaguar,” katanya.

Anugerah itu menjadi kejayaan keseluruha­n pertama Jaguar pada Anugerah Kereta Dunia.

Tahun lalu, Jaguar XE menjadi finalis untuk anugerah Kereta Rekaan Terbaik Dunia 2016.

F-PACE mengatasi pesaing Audi Q5 dan Volkswagen Tiguan untuk meraih anugerah Kereta Terbaik Dunia 2017.

Pengarah Reka Bentuk Jaguar, Ian Callum berkata, F-PACE adalah SUV pertama yang menterjema­hkan jenama Jaguar dan mengangkat jenama itu sebagai Kereta

Terbaik Dunia 2017.

Antara dua persaing utama F-PACE untuk anugerah Kereta Rekaan Terbaik 2017 ialah Mercedes-benz S-class Cabriolet dan Toyota C-HR.

Terdapat pilihan enjin untuk varian F-PACE daripada enjin 2.0 liter 4-silinder diesel yang inovatif dengan pelepasan asap serendah 126g/km.

Varian berikutnya adalah yang berprestas­i tinggi dengan kuasa

380PS hasil daripada enjin petrol pengecas turbo V6 yang mampu memecut daripada 0-100k/j dalam masa 5.5 saat.

 ??  ??
 ??  ?? Kereta paling praktikal di dunia dan kenderaan Jaguar paling laris.
Kereta paling praktikal di dunia dan kenderaan Jaguar paling laris.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia