Berita Harian

KLASIK, UNIK

3 varian terkini R nine T

-

BMW Motorrad Malaysia memperkena­lkan tiga varian terkini rangkaian model heritage menerusi BMW R ninet, BMW R ninet Pure dan BMW R ninet Racer baharu.

BMW R ninet yang dipertingk­atkan ditampilka­n dengan konsep unik iaitu keseronoka­n tunggangan sebenar melalui reka bentuk klasik dan minimalis, di samping fokus terhadap aspek teknikalny­a.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia,

Han Sang Yun, berkata rangkaian model heritage BMW Motorrad membolehka­n pihaknya meneroka segmen baharu motosikal premium di negara ini.

Sejak dua tahun lalu, BMW Motorrad dilihat mencatat prestasi memberangs­angkan dengan jualan lebih 1,000 unit motosikal di negara ini.

Pembiay aan khas

“Ini adalah petunjuk positif. Bukan sahaja dari segi potensi pertumbuha­n, malah terdapat daya tarikan terhadap motosikal keluaran kami. Susulan itu kami membentuk satu segmen motosikal yang baharu,” katanya pada majlis pelancaran varian berkenaan di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Sementara itu, Ketua

BMW Motorrad, Owen Riley berkata, segmen heritage itu dicipta untuk peminat motosikal yang gemar melakukan ubah suai dan menggayaka­n motosikal mengikut cita rasa masing-masing.

“BMW R ninet Pure baharu ialah sebuah roadster yang asas. BMW R ninet

Racer pula ialah sebuah motosikal sport separa padanan dengan rekaan klasik dan

old-school. Kedua-dua model ini cukup popular sekitar tahun 1960-an dan 1970-an.

“Ia dilihat terus memberi inspirasi dan meninggalk­an nostalgia kepada ramai peminat motosikal hingga ke hari ini,” katanya.

Semua model BMW Heritage dipacu oleh enjin

boxer penuh kuasa dengan sistem penyejukan cecair/ udara berkapasit­i 1,170cc. Ia mampu menjana kuasa sehingga 110hp dan tork maksimum 116Nm.

Enjin itu dipadankan dengan kotak gear enam kelajuan, manakala rangkaian kuasa itu direka untuk memenuhi piawaian emisi EU4.

Motosikal baharu dalam rangkaian BMW Motorrad Heritage turut ditawarkan dengan program pembiayaan khas daripada BMW Credit Malaysia.

Bayaran bulanannya bermula RM1,490 untuk BMW R ninet, RM1,190 bagi BMW R ninet Pure dan RM1,290 untuk BMW R ninet Racer.

 ??  ?? BMW R ninet Racer.
BMW R ninet Racer.
 ??  ?? BMW R ninet.
BMW R ninet.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia