Berita Harian

Muslim Tatar tetap aktif walaupun minoriti

Pemerintah beri kebebasan beragama kepada tentera Islam sejak abad ke-14

-

Sejarah penting komuniti Muslim di Poland bermula pada abad ke-14 dengan kedatangan peneroka Tatar. Walaupun orang Islam pernah menceroboh negara itu bersama tentera Mongol pada abad ke-13, namun tiada sebarang kesan pengislama­n wujud dalam kalangan penduduk Poland.

Bagaimanap­un, menurut catatan pedagang Yahudi, Ibrahim ibn Jakub, terdapat ramai pedagang Arab di Poland pada masa itu yang dibuktikan dengan adanya sejumlah besar duit syiling Arab yang ditemui di tapak arkeologi di Poland.

Penempatan awal masyarakat Tatar ialah di Komanwel Poland-lithuania dan mereka mengekalka­n tradisi serta agama. Ketika itu, pertukaran­nya ialah mereka berkhidmat sebagai tentera Poland.

Penempatan sementara

Penempatan awal itu bersifat sementara kerana ramai orang Tatar kembali ke tanah air selepas tamat tempoh perkhidmat­an. Penghujung abad ke-14 pada era Duke Vytautas, masyarakat Tatar kebanyakan­nya menetap di kawasan berdekatan bandar berkubu seperti Hrodna, Vilnius dan Trakai.

Disebabkan kemahiran ketenteraa­n yang dimiliki masyarakat Tatar, mereka dibenarkan menetap di penempatan milik Duke serta diberi keistimewa­an sebagai Kesatria Poland, tanda penghargaa­n terha- dap perkhidmat­an mereka dalam pasukan berkuda.

Mereka juga dibenarkan terus mengamalka­n agama Islam, membina masjid dan mewujudkan tanah perkuburan. Penempatan itu berkembang sedikit demi sedikit dan mencapai tahap kemuncakny­a sekitar separuh abad ke-15 dan ke-16.

Tentera Tatar

Masyarakat Islam yang lain mula muncul di Poland sekitar tahun 1970-an. Pada masa ini, dianggarka­n seramai 31,000 orang Islam di Poland dan sebahagian besarnya menganut aliran Ahli Sunah Wal Jamaah.

Agama Islam menjadi agama rasmi masyarakat Tatar Poland lebih 600 tahun sejak zaman nenek moyang mereka dari

Golden Harde. Kebebasan beragama dijamin terhadap mereka sebagai hak keistimewa­an yang diberikan oleh Duke Lithuania dan raja-raja Poland.

Kedudukan yang jauh dari penempatan utama mendorong masyarakat Tatar membina masjid di tempat mereka. Malah, mereka menyalin al-quran, doa, penerangan acara keagamaan, kisah nabi dan teks lain bagi memenuhi keperluan mereka.

Penempatan Tatar bermula sekitar tahun

1679 apabila Raja Jan III Sobieski menganuger­ahkan tanah kepada Rotamaster di kampung yang kurang berpendudu­k di Brest, Hrodna dan Kobryn. Baginda juga menentukan hak dan kewajipan tentera Tatar terhadap Poland.

Seramai 375 tentera Tatar menetap di Lososna iaitu di perkampung­an sekitar sungai dan sebagai menunaikan kewajipan, masyarakat Tatar menyertai pertempura­n di Vienna yang menumpaska­n tentera berkuda Turki.

Bebas amal Islam

Pada tahun 1918-1939 masyarakat Tatar kebanyakan­nya mendiami tiga wilayah jajahan Poland di bahagian timur negara itu

 ??  ?? Masyarakat Tatar solat dalam sebuah masjid di Bialystok.
Masyarakat Tatar solat dalam sebuah masjid di Bialystok.
 ??  ?? Masjid Kruszynian­y antara masjid yang terdapat di Poland.
Masjid Kruszynian­y antara masjid yang terdapat di Poland.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia