Berita Harian

Polis sita ladang kurma di Perak

SUSULAN TANGKAPAN DALANG SINDIKET PENIPUAN PELABURAN CRUDE PALM OIL (CPO)

- Oleh Nor Azizah Mokhtar bhnews@bh.com.my

Aset lain turut dirampas daripada suspek dan anak lelakinya ialah 5 kereta mewah termasuk Bentley, Lamborghin­i dan Porsche, motosikal BMW dan Harley Davidson, bot mewah serta tunai RM1 juta

Ladang kurma seluas 101 hektar bersama sebuah bot mewah serta wang tunai hampir RM1 juta, adalah di antara ‘harta’ dalang utama sindiket penipuan pelaburan Crude Palm Oil (CPO) dalam penggeleda­han di Perak dan Pulau Pinang, sejak Rabu lalu.

Selain itu, polis turut merampas kenderaan mewah, Bentley Continenta­l dan pacuan empat roda, Toyota Land Cruiser, milik suspek berusia 57 tahun, yang ditahan ketika berada di sebuah restoran dekat Kepala Batas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani, berkata ketika ditangkap Rabu lalu, polis menyita sebuah bot mewah dan wang tunai RM100,000 milik suspek.

“Susulan tangkapan itu, polis melancarka­n operasi susulan pada hari ini dan semalam sebelum merampas kereta Bentley Continenta­l dan Toyota Land Cruiser serta wang tunai berjumlah RM850,000.

“Kami turut menyita ladang kurma seluas 250 ekar (101 hektar) milik suspek di Batu Kurau, Perak. Semua rampasan dianggarka­n bernilai RM4.3 juta dipercayai dibeli hasil kutipan pelaburan CPO,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Acryl Sani berkata, semua rampasan aset terbabit dibuat mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.

Suspek direman tiga hari

Katanya, suspek kini direman tiga hari untuk siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Terdahulu, JSJK Bukit Aman menahan anak lelaki suspek berusia 35 tahun di Lembah Klang pada Ahad lalu, hasil maklumat dan risikan susulan 248 aduan daripada orang awam yang menjadi mangsa penipuan sindiket berkenaan membabitka­n kerugian RM31 juta.

Ketika tangkapan anaknya, polis merampas tiga kereta mewah jenis Nissan GTR, Lamborghin­i Avantado dan Porsche Panamera serta dua motosikal, BMW GS R1200 dan Harley Davidson Fatboy, wang tunai RM53,035 dan mata wang rupiah 18.8 juta (RM6,230) serta geran kenderaan dan tanah.

Berdasarka­n modus operandi, sindiket yang aktif sejak tahun lalu itu menawarkan pelaburan berasaskan jual beli minyak sawit dengan menjanjika­n pulangan dividen sehingga 30 peratus, berdasarka­n pakej yang diambil.

Acryl Sani berkata, siasatan polis mendapati empat pakej ditawarkan sindiket itu kepada pelabur dengan bayaran di antara RM1,855 hingga RM16,422.

“Pembayaran dividen dijanjikan setiap 12 hari bekerja setiap bulan dan pada peringkat permulaan, sindiket membayar jumlah dividen dijanjikan bagi meyakinkan pelabur.

“Namun sebaik pelaburan itu berkembang dan jumlah yang dilaburkan juga meningkat sindiket bertindak menutup operasi syarikat dan melarikan diri,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? Antara barang kes yang disita polis susulan tangkapan dalang utama sindiket penipuan CPO di Pulau Pinang, Rabu lalu.
Antara barang kes yang disita polis susulan tangkapan dalang utama sindiket penipuan CPO di Pulau Pinang, Rabu lalu.
 ??  ?? Bot mewah antara barang yang disita polis kes sindiket penipuan CPO di Pulau Pinang, Rabu lalu.
Bot mewah antara barang yang disita polis kes sindiket penipuan CPO di Pulau Pinang, Rabu lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia