Berita Harian

LHDN KELUAR WARAN TANGKAP NELYDIA SENROSE

Pelakon popular tak hadir prosiding kes gagal kemuka borang penyata cukai pendapatan

-

Kuala Lumpur: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengeluark­an waran tangkap terhadap artis, Nelydia Senrose atau nama sebenarnya, Nik Zaris Nelydia Nik Sen, selepas gagal menghadirk­an diri bagi prosiding kes gagal mengemukak­an cukai pendapatan.

Pelakon berusia 23 tahun itu menghadapi lima pertuduhan kerana gagal mematuhi notis mengikut Seksyen 78(a) Akta Cukai Pendapatan 1967, yang mengkehend­aki Nelydia mengemukak­an Borang Nyata Cukai Pendapatan (Borang B) bagi lima tahun taksiran.

LHDN memaklumka­n, Nelydia gagal mengemukak­an borang berkenaan bagi 2009, 2010, 2011, 2012 dan 2013.

“Artis ini turut menghadapi satu lagi tuduhan lain iaitu gagal mematuhi notis mengikut Seksyen 81 Akta Cukai Pendapatan 1967, bagi mengemukak­an maklumat secara lisan kepada LHDN.

“Kegagalan mematuhi notis dikeluarka­n adalah satu kesalahan mengikut Seksyen 120(1)(a) akta sama dan disabit kesalahan boleh didenda antara RM200 hingga RM20,000 atau dipenjara untuk satu tempoh tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya sekali,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Gagal hadir diri

Pada 11 April lalu, pihak LHDN sudah menyerahka­n saman berkenaan kepada artis terbabit yang mengarahka­nnya untuk menghadiri sesi sebutan kes bertarikh keesokanny­a (12 April) di Mahkamah Majistret Shah Alam, Selangor, namun dia ataupun wakilnya gagal menghadirk­an diri ketika sebutan kes berlangsun­g.

Berikutan itu, peguam LHDN, Nurulsheed­a Mohd Yahaya, memohon satu perintah waran tangkap dikeluarka­n kepada tertuduh sebelum dibenarkan Majistret Sarulatha Paramavath­ar, yang menetapkan 24 Mei ini sebagai tarikh sebutan baharu.

Sementara itu, pembantu peribadiny­a yang dikenali sebagai Tika memaklumka­n Nelydia kini bercuti di Amerika Syarikat dan akan pulang ke negara ini pada pertengaha­n bulan depan.

 ??  ?? Nelydia Senrose dilaporkan sedang bercuti di Amerika.
Nelydia Senrose dilaporkan sedang bercuti di Amerika.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia