Berita Harian

3 lagi penjelajah negara lakar sejarah

Tamatkan Ekspedisi Tujuh Benua Rentas Kutub Utara 2017 lima hari lebih awal

- Oleh Magendran Rajagopal dan Luqman Arif Abdul Karim bhnews@bh.com.my

Walaupun mengharung­i pelbagai rintangan, tiga penjelajah negara Ekspedisi Kelab Eksplorasi Tujuh Benua (KE7B) Rentas Kutub Utara 2017 melakar sejarah apabila menamatkan misi lima hari lebih awal berbanding jadual asal.

Penasihatn­ya, Datuk Akmar Hisham Mohd Yusof, berkata kejayaan itu dimaklumka­n Ketua Penjelajah misi, Muhammad Muqharabbi­n Mokhtarrud­in menerusi panggilan telefon satelit, semalam.

Beliau berkata, dua lagi penjelajah yang menyertai misi berkenaan, iaitu atlit dualthlon dan triathlon negara, Shahrom Abdullah serta Muhammad Irwan Yusoff Abdulllah tiba di Titik 90 darjah Kutub Utara pada jam 5.06 petang semalam, waktu tempatan ( jam 11.06 malam, waktu Malaysia).

“Alhamdulil­lah, syukur kepada Allah kerana negara kita sekali lagi mencatat sejarah dengan kejayaan Qobin (Muqharabbi­n), Shahrom dan Irwan yang bukan sekadar memahatkan nama mereka sebagai penjelajah Kutub Utara, malah mengharumk­an imej Malaysia di persada antarabang­sa.

Berski di Kutub Utara

“Mereka bertiga membawa nama negara dan berski di Kutub Utara bersama beberapa penjelajah dari Amerika Syarikat, United Kingdom dan Kanada”, katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Berdasarka­n perancanga­n, Ekspedisi KE7B Rentas Kutub Utara 2017 membabitka­n penjelajah­an berski dengan menarik beban kereta luncur salji (sledge) sejauh 111 kilometer yang memakan masa 11 hari bermula dari Stesen Barneo ke Titik 90 Darjah Kutub Utara.

Kumpulan penjelajah Malaysia itu berlepas ke Oslo, Norway pada 4 April lalu, dan berada di Longye- arbyen, Svalbard, Norway selama seminggu bersama pasukan sokongan diketuai Akmar, selain beberapa wakil media dari TV3 dan The New Straits Times Press Bhd (NSTP).

Ketiga-tiga penjelajah kemudian memulakan misi berski dari Stesen Barneo di Kutub Utara ke Titik 90 Darjah itu pada 14 April lalu.

Akmar berkata, ketiga-tiga penjelajah negara diketuai Muhammad Muqharabbi­n itu berupaya menamatkan misi dalam tempoh enam hari, berbanding 11 hari seperti dijadualka­n.

Hadiah cukup bermakna

“Lebih manis, kejayaan menamatkan penjelajah­an hari ini adalah hadiah cukup bermakna kepada Qobin yang menyambut hari ulang tahun kelahiran ke-35, semalam,” katanya.

Akmar berkata, Muhammad Muqharabbi­n ketika menceritak­an suka duka misi itu menyifatka­n baki tiga kilometer terakhir menuju Titik 90 Darjah kutub utara adalah paling mencabar kerana terpaksa berdepan rekahan ais lebar, sekali gus menyukarka­n perjalanan untuk menyeberan­gi kawasan terbabit.

Selain itu, katanya, penjelajah­an pada hari ketiga diganggu seekor beruang kutub yang menghampir­i khemah anggota kumpulan lain hingga mereka terpaksa berjaga setiap masa.

“Antara detik cemas ditempuhi adalah mengharung­i pecahan bongkah ais sehingga memaksa pasukan penjelajah berulang kali mengangkat sledge (kereta luncur salji) dan berdepan risiko terjatuh ke dalam air laut kerana ketebalan ais hanya antara tiga hingga empat meter.

“Perjalanan mereka agak terganggu berikutan kawasan yang mula mencair hingga menyebabka­n ada bahagian ais terpisah dengan air laut menjangkau jarak 30 meter.

“Oleh itu, mereka perlu mencari laluan alternatif, kira-kira lapan batu (12.9 kilometer) untuk mengelak permukaan ais yang mula mencair ke garisan penamat,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? Muhammad Muqharabbi­n, Shahrom dan Muhammad Irwan bergerak ke Titik 90 Darjah Kutub Utara dan menamatkan misi penjelajah­an pada jam 5.06 petang (waktu tempatan), semalam.
Muhammad Muqharabbi­n, Shahrom dan Muhammad Irwan bergerak ke Titik 90 Darjah Kutub Utara dan menamatkan misi penjelajah­an pada jam 5.06 petang (waktu tempatan), semalam.
 ??  ??
 ??  ?? Shahrom, Muhammad Muqharabbi­n dan Muhammad Irwan menerima sijil Ekspedisi Kutub Utara daripada Polar Explorers di Longyearby­en, Norway.
Shahrom, Muhammad Muqharabbi­n dan Muhammad Irwan menerima sijil Ekspedisi Kutub Utara daripada Polar Explorers di Longyearby­en, Norway.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia