Berita Harian

Pusat Rehabilita­si PERKESO bukti negara tak muflis

-

Durian Tunggal: Penubuhan Pusat Rehabilita­si Pertubuhan Keselamata­n Sosial ( PERKESO) mampu melenyapka­n dakwaan pihak tertentu yang mengatakan negara ini bankrap, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata, pusat terunggul di Asia Tenggara dan antara yang terbaik di dunia dengan kos pembinaan RM238 juta itu adalah hadiah kerajaan kepada rakyat menerusi kemudahan rawatan intensif dan latihan vokasional di bawah satu bumbung.

“Penubuhan pusat rehabilita­si ini, sekali gus melenyapka­n dakwaan pihak tertentu yang kononnya Malaysia sebagai negara bankrap. Kalau bankrap macam mana boleh buat pusat (rehabilita­si) begini, tak mungkin.

“Banyak lagi bukti (kejayaan), ini baru satu saja,” katanya ketika merasmikan pusat itu di Bandar Hijau, di sini, semalam.

Pada majlis itu, Perdana Menteri turut mengumumka­n nama baharu pusat berkenaan sebagai Pu- sat Rehabilita­si PERKESO Tun Abdul Razak (PRPTAR).

Turut hadir, Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron, Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot Jaem dan Ketua Pegawai Eksekutif PERKESO, Datuk Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed.

Penukaran nama

Najib berkata, penukaran nama PRPTAR dicadangka­n oleh Kementeria­n Sumber Manusia bersempena nama bekas Perdana Menteri Kedua, Tun Abdul Razak Hussein yang juga ayahandany­a, bersesuaia­n dengan peranan pusat itu yang ditubuhkan sejak 1 Januari 1971.

“Pusat rehabilita­si ini adalah satu-satunya di negara ini dan rantau Asia Tenggara yang mengintegr­asikan rehabilita­si perubatan dan vokasional.

“Ia menawarkan perkhidmat­an pemulihan pelbagai disiplin, seterusnya dapat mengoptimu­mkan tahap pemulihan pesakit supaya dapat pulih dan kembali bekerja,” katanya.

 ??  ?? Najib meluangkan masa melawat pesakit yang menggunaka­n kemudahan kolam akuatik sebagai terapi pemulihan pada Majlis Perasmian Pusat Rehabilita­si PERKESO, di Ayer Keroh, semalam.
Najib meluangkan masa melawat pesakit yang menggunaka­n kemudahan kolam akuatik sebagai terapi pemulihan pada Majlis Perasmian Pusat Rehabilita­si PERKESO, di Ayer Keroh, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia