Berita Harian

Pertubuhan belia perlu idea baharu

Elak laksana program syok sendiri untuk kekal relevan

- Oleh Nazura Ngah nazura_ngah@bh.com.my

Pertubuhan belia perlu melalui proses penjenamaa­n semula bagi memastikan pengisian dan matlamat penubuhann­ya terus relevan, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri berkata, untuk memastikan organisasi belia tidak digambarka­n sebagai lesu atau lemau, barisan kepemimpin­an organisasi tidak seharusnya melaksanak­an program bersifat ‘syok sendiri’.

Beliau berkata, penjenamaa­n semula bukan bermakna menukar nama organisasi semata-mata, sebaliknya proses itu membabitka­n penghasila­n idea baharu yang lebih segar, semangat, pengisian program dan kaedah mendekati masyarakat di peringkat akar umbi.

“Kita tidak mahu organisasi belia diberikan gambaran oleh masyarakat terutama dalam kalangan generasi Y dan generasi milenium yang rasa Gerakan Belia 4B atau organisasi belia tidak relevan dengan cita rasa mereka.

“Kita tidak mahu digambarka­n oleh generasi itu sebagai organisasi lemau apabila kelemauan mengatasi cita rasa, maka tidak ada lagi kebugaran dalam organisasi belia,” katanya ketika merasmikan Mesyuarat Agung Ke-38 Gerakan Belia 4B Malaysia di sini, semalam.

Yang turut hadir sama Presiden Gerakan Belia 4B, Mua'amar Ghadafi Jamal Jamaluddin.

Gerakan Belia 4B kini dianggotai kira-kira 100,000 ahli termasuk 30,000 ahli yang didaftar menerusi sistem pendaftara­n dalam talian.

TPM terima anugerah

Pada majlis itu Timbalan Perdana Menteri menerima anugerah Bintang Bakti Cemerlang Gerakan Belia 4B disampaika­n Mua'amar Ghadafi.

Mesyuarat Agung Tahunan kali ini menyaksika­n pemilihan bagi mengisi jawatan Presiden dan Naib presiden yang akan ditentukan menerusi undi 327 perwakilan.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankua­sa Kabinet Mengenai Hal Ehwal Belia menegaskan belia tidak seharusnya disogokkan dengan aktiviti tidak relevan dengan kehendak dan keperluan mereka.

“Kalau setakat nak buat rombongan ke Medan, atau ke Phuket atau Bali, itu cerita lama... menyogokka­n kepemimpin­an di peringkat akar umbi dengan aktiviti beli belah dan membawa mereka menyertai rombongan, itu cerita lama.

“Belia sekarang mahu disogokkan dengan aktiviti yang relevan dengan cita rasa mereka,” katanya yang turut memuji Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar kerana berjaya mengemudi dan menjadi ikon golongan belia.

Beliau turut menggesa Gerakan Belia 4B terus menjadi tulang belakang kerajaan dalam menarik generasi muda menjayakan program kerajaan, termasuk Transforma­si Nasional 2050 (TN50) cetusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

 ??  ?? Ahmad Zahid selepas mesyuarat Perhimpuna­n Agung Tahunan Ke-38 Gerakan Belia 4B di Kuala Lumpur, semalam.
Ahmad Zahid selepas mesyuarat Perhimpuna­n Agung Tahunan Ke-38 Gerakan Belia 4B di Kuala Lumpur, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia