Berita Harian

Setem khas memperinga­ti pertabalan

Tanda penghormat­an, kenangan kepada Sultan Muhammad V sebagai Seri Paduka Ke-15

- Oleh Nur Fatin Mohd Satar bhnews@bh.com.my

Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) akan mengeluark­an setem bagi memperinga­ti pertabalan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V sebagai Yang di-pertuan Agong pada Isnin ini.

Siri berkenaan turut menampilka­n lembaran mini (MS), sampul hari pertama (FDC) bersama brosur percuma dan folder yang memaparkan imej Yang di-pertuan Agong.

Ketua Unit Setem dan Filateli, Diyana Lean Abdullah, berkata ia sebagai tanda penghormat­an dan kenangan kepada baginda yang ba- kal menduduki takhta sebagai Yang di-pertuan Agong Ke-15 selepas mengangkat sumpah pada 13 Disember 2016.

Katanya, keluaran setem ‘Raja Sebagai Pemerintah Negara’ akan dicetak sebanyak 200,000 dan dijual dengan harga 60 sen.

Cetakan emas

“Ciri istimewa setem peringatan pertabalan baginda ini kelihatan lebih menonjol dengan cetakan emas pada setem berkenaan.

“Selain itu, turut dikeluarka­n MS yang mempunyai ciri cetakan emas memaparkan imej Yang diPertuan Agong dalam upacara melafaz sumpah sebagai Yang di-pertuan Agong Ke-15 di Istana Negara,” katanya pada majlis pelancaran setem peringatan pertabalan Yang di-pertuan Agong Ke-15, di sini, semalam.

Diyana berkata, siri set lengkap folder yang mengandung­i setem dan produk filateli lain itu dijual dengan harga RM44.10 setiap satu.

“Set berkenaan mengandung­i setem berlubang dan tidak berlubang, FDC bersama brosur serta MS.

“Pada FDC turut terdapat tanda pembatalan menampilka­n tulisan Dirgahayu Tuanku yang hanya boleh didapati pada tarikh 24 April saja,” katanya.

 ?? [FOTO SALHANI IBRAHIM/BH] ?? Kakitangan Pos Malaysia, Nazira Syazwani Shahbuddin memegang koleksi setem peringatan pertabalan Yang di-pertuan Agong Ke-15 pada majlis pelancaran setem berkenaan di Kuala Lumpur, semalam.
[FOTO SALHANI IBRAHIM/BH] Kakitangan Pos Malaysia, Nazira Syazwani Shahbuddin memegang koleksi setem peringatan pertabalan Yang di-pertuan Agong Ke-15 pada majlis pelancaran setem berkenaan di Kuala Lumpur, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia