Berita Harian

Raptai akhir berjalan lancar

-

Kuala Lumpur: Raptai penuh Istiadat Pertabalan Yang di-pertuan Agong ke-15, Sultan Muhammad V yang berlangsun­g di Istana Negara, semalam, berjalan lancar dengan hampir semua persiapan untuk upacara berkenaan berjalan mengikut jadual ditetapkan.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, berkata raptai terakhir itu bertujuan mengenal pasti sebarang penambahba­ikan dan pembetulan yang perlu dilakukan menjelang istiadat pertabalan itu Isnin ini.

“Alhamdulil­lah, raptai penuh bagi istiadat pertabalan berjalan lancar. Semua sedia maklum istiadat ini adalah satu majlis amat bersejarah dan kita lakukan mengikut tradisi yang biasa dilakukan.

“Saya dipertangg­ungjawabka­n untuk menentukan kelancaran dan kelicinan majlis ini dan bersyukur kerjasama semua pihak kakitangan kerajaan dan istana, berjalan baik,” katanya selepas meninjau perjalanan raptai berkenaan di Istana Negara, semalam.

Saksi upacara bersejarah di RTM

Salleh yang juga Pengerusi Jawatankua­sa Istiadat Pertabalan itu, berkata rakyat boleh menyaksika­n upacara bersejarah itu melalui siaran langsung di Radio Televisyen Malaysia (RTM) Isnin ini.

Selepas melafaz sumpah memegang jawatan Yang di-pertuan Agong Ke-15 pada 13 Disember lalu, Sultan Muhammad V, akan ditabalkan sebagai ketua utama negara Isnin ini bagi menggantik­an Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah yang tamat tempoh pemerintah­an pada 12 Disember tahun lalu.

 ?? [FOTO BERNAMA] ?? Petugas Istana Negara menyusun kerusi sempena persiapan akhir menjelang Istiadat Pertabalan Yang di-pertuan Agong Ke-15 Isnin ini, semalam.
[FOTO BERNAMA] Petugas Istana Negara menyusun kerusi sempena persiapan akhir menjelang Istiadat Pertabalan Yang di-pertuan Agong Ke-15 Isnin ini, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia