Berita Harian

PM minta media bantu tepis berita palsu

Maklumat tak benar perlu dibendung, dikawal elak ancam keselamata­n negara

- Oleh Mohd Anwar Patho Rohman wananwar@bh.com.my

Datuk Seri Najib Razak berkata, kerajaan memandang serius kewujudan secara berleluasa berita palsu ketika ini kerana ia mengancam keselamata­n negara dari pelbagai sudut.

Justeru, Perdana Menteri meminta pengamal media membantu kerajaan menepis penularan berita palsu yang semakin berleluasa dengan melaporkan berita yang tepat dan sahih dengan kebenaran.

“Jika berita palsu tidak diben- dung dan dikawal, ia akan mengancam keselamata­n negara daripada pelbagai sudut.

“Jadi, pengamal media dan wartawan perlu membantu kami membangunk­an negara, sekali gus menjadikan Malaysia lebih makmur bagi menentukan kesejahter­aan hidup rakyat.

Sampaikan kebenaran

“Kita meminta media membantu kerajaan menyampaik­an kebenaran dan bukan bersandark­an kepada berita palsu. Kita mempunyai masa depan yang cukup cerah, jangan kata kita sebuah negara yang gagal atau bankrap.

“Saya akan berjuang untuk memastikan Malaysia menjadi 20 negara termaju dalam masa bebe- rapa tahun akan datang.

“Anda boleh tidak bersetuju dengan kerajaan tetapi biarlah secara berfakta,” katanya pada majlis Malam Wartawan Malaysia 2017, di sini, malam tadi.

Yang turut hadir, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak; Pengerusi Malam Wartawan Malaysia 2017, Datuk Dr Chamil Wariya; Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PETRONAS, Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin; Ketua Pegawai Eksekutif The News Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), Datuk Abdul Jalil Hamid; Pengarang Kumpulan BH, Datuk Mahfar Ali dan Pengarang Kumpulan Harian Metro, Datuk Mustapa Omar.

Najib berkata, rakyat hari ini berada pada era pasca-kebenaran, sekali gus menjadikan peranan dan tanggungja­wab wartawan serta media membangunk­an masyarakat dengan maklumat sahih.

“Saya katakan ini kerana dalam era pasca-kebenaran, kehadiran berita palsu dalam pelbagai platform media sosial sudah menjadi lumrah.

“Apa yang menyedihka­n masyarakat menerima secara bulat-bulat apa yang disogokkan kepada mereka.

“Mereka tidak dapat membezakan antara intan dan kaca, jadi ia perlu dibendung untuk keselamata­n negara,” katanya.

 ?? [FOTO MUHD ZAABA ZAKERIA/BH] ?? Najib dan Rosmah bersama Abdul Jalil, Mahfar, Mustapa dan Pengarang Kumpulan NST, Yushaimi Yahaya bergambar dengan pemenang daripada Kumpulan NSTP pada majlis Malam Wartawan Malaysia 2017 dan Penyampaia­n Hadiah Kewartawan­an Malaysia MPI- Petronas 2016...
[FOTO MUHD ZAABA ZAKERIA/BH] Najib dan Rosmah bersama Abdul Jalil, Mahfar, Mustapa dan Pengarang Kumpulan NST, Yushaimi Yahaya bergambar dengan pemenang daripada Kumpulan NSTP pada majlis Malam Wartawan Malaysia 2017 dan Penyampaia­n Hadiah Kewartawan­an Malaysia MPI- Petronas 2016...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia