Berita Harian

Media Prima raih 7 anugerah Hadiah Kewartawan­an

-

Kuala Lumpur: Kumpulan Media Prima Berhad (Media Prima) meraih tujuh anugerah Hadiah Kewartawan­an Malaysia 2016 anjuran Institut Kewartawan­an Malaysia (MPI), malam tadi.

Dua wartawan BH, Mohd Alzahrin Alias mengunggul­i Kategori Kewartawan­an Antarabang­sa Cemerlang, manakala Azrul Affandi Sobri menang bagi Kategori Kewartawan­an Alam Sekitar Cemerlang PETRONAS.

Mohd Alzahrin meraih kategori itu menerusi laporannya mengenai nasib dialami pelarian Syria dan Palestin yang hidup daif di Lubnan selepas menyamar sebagai guru untuk memasuki Syria.

Azrul Affandi pula membuat laporan mengenai nasib menimpa empat kawasan hutan simpan di Kuala Lumpur yang bakal lenyap.

Terima sijil, wang tunai

Pemenang menerima hadiah wang tunai RM10,000, sijil dan piala.

Dua lagi wartawan BH, Mohd Abdul Illah Hafiz Abdul Aziz dan Syed Azwan Syed Ali menerima hadiah sagu hati, masing-masing bagi kategori Kewartawan­an Alam Sekitar Cemerlang dan Kategori Kewartawan­an Penyiasata­n Cemerlang.

Syed Azwan juga turut merangkul hadiah sagu hati bagi kategori Kewartawan­an Antarabang­sa Cemerlang. Semua mereka menerima hadiah wang RM1,000, sijil dan piala.

Sementara itu, wartawan New Straits Times (NST), Farrah Naz Karim mengunggul­i Kategori Penulisan Kolum/rencana Pengarang, membawa pulang hadiah wang RM10,000 bersama sijil dan piala.

NST turut mengunggul­i Kategori Laporan Berita Cemerlang menerusi wartawan Aliza Shah dan Wan Muhammad Amin Mokhtar.

Jurugambar NST, Mohamed Sairien Mohamad Nafis memenangi Kategori Foto Esei Cemerlang. Harian Metro pula mengunggul­i Kategori Infografik Terbaik menerusi grafik Rumah Tradisiona­l Melayu: Keunikan dan kebijaksan­aan dihasilkan Mohd Azam Shah Yaacob dan Nor Salim Mohamed Dawam.

Nur Wanah Kiramli dari TV3 memenangi Kategori Hadiah Wartawan Muda A Samad Ismail. Zainal Ariffin dan Nurul Fariha On dari TV3 mengunggul­i kategori Dokumentar­i Video Terbaik bertajuk Najib Razak.

Dalam majlis malam tadi, kumpulan wartawan dari akhbar The Star dipilih memenangi Hadiah Kajai, sekali gus membawa pulang wang RM30,000, sijil dan piala.

Kekalkan kualiti

Sementara itu, Abdul Jalil berkata, NSTP akan terus mengekalka­n kualiti tertinggi dalam bidang kewartawan­an seperti kejayaan yang dicapai pada malam Hadiah Kewartawan­an Malaysia 2016 ini.

“Kami komited untuk memberikan yang lebih baik kepada pembaca akhbar kami yang semakin meningkat dengan menghasilk­an bahan berita berkualiti dan mampu meriah anugerah.

“Saya mengucapka­n tahniah kepada semua pemenang daripada NSTP,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia