Berita Harian

Sindiket tawar siaran ASTRO tidak sah tumpas

-

Kuala Lumpur: Satu sindiket menawarkan perkhidmat­an penyiaran saluran televisyen berbayar daripada syarikat televisyen satelit berbayar ASTRO secara tidak sah melalui penstriman dalam talian dan perkongsia­n kad, mampu mengaut keuntungan mencecah RM900,000 sebulan daripada kegiatan itu.

Sindiket dikesan mula aktif sejak tahun 2015 itu didapati menjual pakej ASTRO dan saluran lain secara tidak sah kepada pelanggan dengan kos bayaran bulanan jauh lebih rendah.

Difahamkan, pelanggan perlu membayar antara RM199 hingga RM250 untuk unit box mengikut jenis pakej dan yuran langganan hanya RM350 untuk tempoh setahun.

30,000 pelanggan

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani, berkata sindiket ini dikenal pasti menggunaka­n media sosial seperti Facebook untuk mencari pelanggan dan dipercayai lebih 30,000 pelanggan sudah memiliki perkhidmat­an itu, sekali gus menyebabka­n ASTRO kerugian mencecah jutaan ringgit.

“Bagi membendung perkhidmat­an tidak sah ini, JSJK Bukit Aman menerusi Ops Camar Tayang menjalanka­n serbuan di beberapa lokasi sekitar Kuala Lumpur dan Jo- hor Bahru, kelmarin dan semalam.

“Susulan itu, kita berjaya menahan enam suspek lelaki tempatan berusia antara 39 hingga 53 tahun dan merampas pelbagai peralatan digunakan untuk live streaming (penstriman secara langsung) dan card sharing (perkongsia­n kad).

Rampas pelbagai peralatan

“Rampasan termasuk 12 unit parabolic modem/router, lebih 500 unit dekoder dan kad ASTRO, an

droid set up box, telefon bimbit, tablet komputer dan komputer riba,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Katanya, semua suspek kini di- reman tiga hari untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 41 Akta Hak Cipta 1897.

“Orang ramai diingatkan tidak melanggan dengan sebarang pakej tidak sah sedemikian kerana ia kesalahan mengikut Akta Hak Cipta 1987.

“Mereka boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 232(b) Akta Komunikasi dan Multimedia yang membawa hukuman penjara serta denda sehingga RM300,000,” katanya.

Beliau berkata, jika ada pihak menawarkan perkhidmat­an sedemikian, orang ramai perlu melaporkan segera perkara itu kepada pihak berkenaan untuk diambil tindakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia